Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ku.bu.ran] | ڤرقبورن

Definisi : tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yg telah mati, permakaman: jenazahnya diusung ke ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ku.bu.ran] | ڤرقبورن

Definisi : kawasan tempat menguburkan mayat; permakaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubur (kata nama)
Bersinonim dengan makam, pusara, jirat, kubah, sentiung, kandang;,
Kata Terbitan : berkubur, menguburkan, perkuburan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONGGOK

Monggok ialah bonggol tanah atau batu yang

menutupi tanah perkuburan purba. Ia dibina di

Britain dari kira-kira pada tahun 2500 S.M. hingga

awal zaman Saxon, iaitu kira-kira pada tahun 500

M. Tinggalan bonggol masih wujud di banyak

bahagian Kepulauan British. Satu daripada yang

terbesar ialah di Kennet Barat, di Wiltshire. Ia

sepanjangnya 107 meter dan lebarnya 23 meter.

UMUM 
LELATULelatu ialah cahaya kebiruan yang menakutkan,
yang kadangkala kelihatan di rawang atau
perkuburan.
UMUMUmum
MYCENAE

Mycenae ialah bandar di Greece purba yang

terletak 10 kilometer ke utara Argos di bahagian

selatan semenanjung. Ahli arkeologi Jerman,

Heinrich Schliemann menemui lima tanah

perkuburan diraja di Mycenae pada tahun 1876.

Penemuan ini telah memulakan penyelidikan

tentang Zaman Gangsa di tanah besar Greece.

Kubur-kubur yang dikenali sebagai Perkuburan

Shaft , mengandungi permata, senjata-senjata

gangsa, dan lain-lain objek yang diperbuat

daripada gangsa, emas dan perak.

UMUM 
NEKROPOLIS

Nekropolis ialah perkataan Yunani yang

bermaksud bandar kematian ataupun kubur. Ahli

arkeologi dan ahli sejarah menggelar perkuburan

bandar purba sebagai nekropolis .

UMUM 
ALJUNIED SYED OMAR BIN ALI

Aljunied Syed Omar bin Ali (1792–1852) ialah

ahli perniagaan dan tuan tanah keturunan Arab

yang amat dihormati yang menjadi pemimpin

komuniti Islam di Singapura. Dia mewakafkan satu

bidang tanah di Victoria Street, Singapura sebagai

tanah perkuburan orang Islam. Dia mendirikan

Masjid Benggali, di Bencoolen Street pada tahun

1845.

UMUM 
TANJUNG HATTERAS

Tanjung Hatteras ialah tanjung tinggi yang indah

yang terletak di hujung tenggara Pulau Hatteras yang

menjadi sebahagian daripada Outer Banks. Tanjung

ini terletak lebih daripada 48 kilometer ke timur

pantai Carolina Utara di Amerika Syarikat (lihat

Carolina Utara ). Beting Diamond Shoals berbahaya

bagi kapal, hingga tempat ini digelar Perkuburan

Atlantik (Graveyard of the Atlantic). Rumah api dan

stesen api luar pesisir memberi amaran kepada kapal

supaya mengelak kawasan tersebut. Cape Hatteras

National Seashore terletak di Tanjung Hatteras.

UMUM 
TIANG BATU ROLLRIGHT

Tiang batu Rollright ialah sekumpulan kira-kira

60 batang tiang batu yang membentuk satu

bulatan yang garis pusatnya lebih kurang 30 meter.

Ia terletak di atas sebuah bukit di atas

perkampungan Long Compton, di Oxfordshire,

England. Ia juga dikenali sebagai King’s Men . Tiang

yang terbesar dalam bulatan ini melebihi 2 meter

tinggi. Tiang batu Rollright ini telah dibina pada

awal Zaman Gangsa. Berhampiran dengannya

terdapat peninggalan sebuah kamar perkuburan

yang dibina pada zaman yang sama, yang dikenali

sebagai Whispering Knights .

UMUM 
WAKAF

WAKAF, sesuatu yang disediakan atau diberikan untuk kegunaan orang ramai terutamanya yang berkaitan dengan agama Islam.  Lazimnya pemberian tersebut berupa sebidang tanah.  Sebuah masjid akan didirikan di atas tanah tersebut dan kawasan di sekitarnya diperuntukkan sebagai tanah perkuburan.  Wakaf juga bermaksud bangunan atau pondok yang didirikan di tepi jalan untuk orang ramai berehat dan menunaikan solat.

BUDAYAKonsep
ASKAR YANG TIDAK DIKENALI

Askar yang tidak dikenali. Selepas Perang

Dunia I (1914–1918), pegawai negara-negara

Berikat menemui banyak mayat askar yang tidak

dapat dikenali. Kerajaan Belgium, Perancis, Great

Britain, Itali, dan Amerika Syarikat mengambil

keputusan memberikan suatu bentuk

penghormatan sebagai tanda mengingati askar

ini. Setiap kerajaan memilih satu simbol yang

mewakili askar mereka yang tidak dikenali,

mengebumikan sisa mayat itu di dalam atau

berhampiran dengan ibu negara dan membina

satu tugu peringatan untuk mengenang jasa askar

tersebut. Belgium menempatkan askar yang tidak

dikenali di sebuah kawasan perkuburan di dasar

Colonnade of the Congress di Brussels. Perancis

pula mengebumikan askar yang tidak dikenalinya

di bawah Arc de Triomphe di Paris dan

menyalakan obor di atas makam tersebut.

UMUM 
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 

Kembali ke atas