Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ku.si] | ڤرکوسي

Definisi : (Ubat) kaedah mengetuk sesuatu bahagian tubuh dgn jari utk mendiagnosis sesuatu penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkusi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMBURIN

Tamburin ialah sejenis alat perkusi yang terdiri

daripada gelung yang diperbuat daripada papan

nipis atau logam dengan membran (kepingan) nipis

daripada plastik atau kulit haiwan yang diregangkan

ke bahagian bertentangan. Semua tamburin

mempunyai ceper logam kecil di sekeliling gelung.

Pemain akan memegang tamburin dengan sebelah

tangan. Mereka memainkan dengan mengetuknya

pada tangan yang lain, lutut atau paha dan

menggoncangnya. Tamburin telah dipopularkan

oleh askar Turki yang dikenali sebagai Janissary

yang memainkan alat ini di dalam kumpulan

pancaragam tentera sejak tahun 1400-an hingga

awal tahun 1800-an. Pemuzik Barat mula

menggunakan tamburin pada tahun 1700-an.

Lihat juga Muzik (alat muzik).

UMUM 
SIMBAL

Simbal ialah sejenis alat perkusi bras yang

bentuknya seperti topi dengan tepinya yang lebar.

Bahagian tengah simbal ini menyerupai kepala atau

puncak topi. Ahli muzik memegang pada pemegang

kulit simbal yang diikat pada bahagian tengah

gendang ataupun dengan menggantungkan alat ini

pada tempat khas. Pemain boleh menghasilkan ton

yang berubah-ubah mutunya dengan cara memukul

dua simbal bersama-sama atau dengan cara

memukul satu simbal dengan menggunakan sejenis

tukul khas. Tukul ini diperbuat daripada logam atau

kayu dan sesetengahnya dibalut dengan kain felt atau

yarn.

UMUM 
MARIMBA

Marimba ialah alat perkusi yang terdiri daripada

beberapa bar yang tersusun di atas sebuah bingkai

seperti kekunci pada piano.

UMUM 
ORFF, CARL

Orff, Carl (1895–1982) ialah penggubah dan

pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya

utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya

menggabungkan muzik instrumental, nyanyian,

dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan

persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu

yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat.

Dia menggunakan peralatan perkusi untuk

menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga.

Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman

Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa

yang dinyanyikan secara serentak.

UMUM 

Kembali ke atas