Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ladang (kata nama)
Bersinonim dengan kebun, sawah, bendang, huma, tegal, estet;,
Kata Terbitan : berladang, perladangan, peladang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ladang1 tanah yg tidak diairi yg diusahakan serta ditanami (ubi, jagung, padi dll); huma. 2 kebun (getah, kelapa sawit dll) yg luas; estet: Di Malaysia, banyak terdapat ~ getah dan ~ kelapa sawit. berladang mengusahakan atau mempunyai ladang. perladangan 1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. 2 hal ttg ladang: masalah ~. peladang orang yg mengusahakan atau yg menyelenggarakan ladang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ladang1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi, huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll): sebuah ~ getah luasnya 800 ekar; ~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu; berladang membuat (membuka, mengusaha­kan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; memperladang, memperladangkan mem­buka tanah utk membuat ladang, menjadi­kan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; peladang orang yg menyelenggarakan la­dang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak.Kamus Dewan Edisi Keempat
perladangan1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. 2 hal ttg ladang: masalah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perladangan1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang;Kamus Dewan Edisi Keempat
perladangan1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa.Kamus Pelajar
perladangan1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. 2. hal ttg ladang: masalah ~.Kamus Pelajar
akueduk(akuéduk) (Kej) 1. paip besar atau terusan yg menyalurkan bekalan air ke sesuatu tempat (bandar, kawasan perladangan dsb); 2. binaan spt jambatan panjang yg merintangi lembah atau tanah rendah utk menopang paip atau saluran air.Kamus Dewan Edisi Keempat
ladang1. tanah yg tidak diairi yg diusahakan serta ditanami (ubi, jagung, padi dll); huma. 2. kebun (getah, kelapa sawit dll) yg luas; estet:Di Malaysia, banyak terdapat ~ getah dan ~ kelapa sawit. berladang mengusahakan atau mempunyai ladang. perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang:~ masyarakat desa. 2. hal ttg ladang:masalah ~. peladang orang yg mengusahakan atau yg menyelenggarakan ladang.Kamus Pelajar
indeks(indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat, katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas; ~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga (Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara (Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~ perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering digunakan; pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks: perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kawasan1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas