Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1. tidak terburu­buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lam­bat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-­sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlahan
Kata Terbitan : perlahan-lahan, memperlahankan,

Puisi
 

Anak burung terbang perlahan,
     Hinggap mari ranting kayu;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur masak layu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbpPerlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan.Lain-lain01.10.2010
selamat sejahtera encik/puan. 1. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahan. 2. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahannya. Ayat mana yang betul, minta sikit penjelasan. terima kasih.1. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahan-lahan. Perkataan "dengan perlahan-lahan" menunjukkan cara perbuatan dilakukan.
2. Ketua pengawas menaikkan Jalur Gemilang dengan perlahannya. Kata adjektif "perlahan" menerima kata pembenda "-nya" bagi menunjukkan keterangan cara perbuatan.
Tatabahasa02.12.2022
Salam, Saya mengetahui bahawa menggunakan dua perkataan berganda di dalam satu ayat tidak boleh. Sebaliknya jikalau perkataan itu memang perlu digandakan, adakah boleh? Contoh seperti ayat di bawah: " Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik". Maksud saya ialah penggunaan dua perkataan berganda iaitu "kedua-dua" dan "perlahan-lahan". Sekian.Ketika pemotong kayu dan isterinya tidur, kedua-dua beradik itu perlahan-lahan keluar dari bilik. Kata tersebut perlu digandakan, kedua-dua menunjukkan keseluruhan, manakala perlahan-perlahan menunjukkan penekanan kepada perbuatan yang dilakukan.   Tatabahasa16.07.2008
Salam. Selain "perlahan" dan "lambat", adakah perkataan "lembab" boleh diterima sebagai kata lawan bagi "laju"? Terima kasih.Perkataan "lembab" bermaksud lambat berfikir, tidak cekap atau tidak cerdas (berkenaan fikiran) bukan berlawanan dengan perkataan laju (berkenaan pergerakan).Makna07.09.2022
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Anjing berlari pantas tetapi kura-kura merangkak perlahan. berbanding dengan ayat kedua seperti di bawah: 2. Anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura merangkak dengan perlahan. Bolehkah ayat pertama digunakan sebagai ayat yang bagus? Terima kasih.
Ayat yang gramatis ialah anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura bergerak dengan perlahan.
Lain-lain17.01.2018
Cepatlah adik cepat Mari siapkan diri Usahlah kita (perlahan)/(lambat) Ayah sudah menanti JAWAPAN (perlahan)atau (lambat)betul? TERIMA KASIHUntuk makluman, jawapan yang tepat bagi merujuk ayat tersebut ialah lambat, iaitu Cepatlah adik cepat. Mari siapkan diri. Usahlah kita lambat. Ayah sudah menanti. Lain-lain23.01.2017
Adakah perkataan "perlahan" merupakan ata adjektif? Jika perkataan tersebut merupakan kata adjektif, mengapa wujud perkataan memperlahankan, kerana perkataan adjektif tidak boleh di apit dengan "Memper-...-kan". Minta dijelaskan. Terima kasih.Pendapat saudara betul, perlahan ialah adjektif maka kata terbitan yang betul sepatutnya ialah memperlahan sama seperti kata adjektif yang lain seperti memperlambat dan mempercepat. Walau bagaimanapun kata memperlahankan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan berdasarkan data yang ada penggunaan kata memperlahankan lebih meluas berbanding dengan kata memperlahan.Tatabahasa07.10.2012
Salam. Adakah menghirup air kopi yang hanyat itu betul? Ayat : Anis menghirup air kopi yang hanyat itu perlahan-lahan.Ayat yang betul ialah "Anis menghirup air kopi yang panas itu perlahan-lahan."Tatabahasa22.07.2013
Salam,Tuan-tuan dan puan-puan.Bolehkah saya tahu akan beberapa ayat yang di bawah.Adakah beberapa ayat adalah kesalahan bahasa atau kesalahan tatabahasa?Terima kaasih Kita mestilah saling menolong apabila jiran tetangga menghadapi kesusahan.Seorang mungkinlah melancong dari negara sendiri ke luar negara seperti Eropah,Hong Kong,Korea,Pualau Pinang,Selangor,dan Kuala Lumpur.Jiran tetangga kita mungkin memohon bantuan untuk membantu mereka menjaga anjing dari rumah mereka.Contohnya,kita juga boleh mengadakan sambutan Hari Jadi kepada jiran tetangga untuk memperat hubungan yang ikat.Hubungan yang ikat bukanlah sesiapa boleh membuat keputusan yang baik atau tidak baik.Hubungan ialah manusia menanam hubungan yang kronik hingga jadi baikk dengan perlahan-perlahan.Jiran tetangga akan memberi sokongan dan dorongan dengan tujuan mencapai maklumat yang diimplementasikan.Contohnya,kita mahu menyertai pertandingan tetapi takut akan kalah dalam pertandingan.Kita juga harus mempengaruh tingkah laku mereka dari negatif jadi positif.Natijahnya,negara kita berpeluang mencapai keamanan dan keharmonian hidup dari ekonomi dan politik negara.Negara Malaysia melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dan berakhlak mulia.

Kita mestilah menolong jiran tetangga apabila mereka menghadapi kesusahan. Jiran tetangga berkemungkinan melancong ke luar negara seperti Eropah, Hong Kong, Korea, dan di dalam negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Jiran kita mungkin memohon bantuan untuk menjaga anjing di rumah mereka. Selain itu, kita juga boleh mengadakan sambutan hari jadi bersama-sama jiran tetangga untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

Jiran tetangga akan memberikan sokongan dan dorongan bagi mencapai maklumat yang ditetapkan, seperti memberikan sokongan apabila kita mahu menyertai pertandingan tetapi takut akan kalah dalam pertandingan.

Kita juga boleh mempengaruhi tingkah laku mereka dari negatif menjadi positif.  Negara kita berpeluang mencapai keamanan dan keharmonian hidup dari segi ekonomi dan politik dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dan berakhlak mulia.

Mohon puan banyak membaca surat khabar berbahasa Melayu untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu. Puan bolehlah merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna. 

Tatabahasa08.07.2021
Apakah jawapan bagi soalan ini. Salman ___________ perlahan-lahan butang yang yang terdapat pada telefon bimbitnya. Jawapan yang diberikan ialah memicit. Mengapa tidak menekan jawapannya? Jawapan bagi soalan tersebut ialah memicit. Merujuk Kamus Dewan, perkataan memicit merujuk kepada perbuatan menekan-nekan dengan jariLain-lain25.08.2015
1234

Kembali ke atas