Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1. tidak terburu­buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lam­bat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-­sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlahan
Kata Terbitan : perlahan-lahan, memperlahankan,

Puisi
 

Anak burung terbang perlahan,
     Hinggap mari ranting kayu;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur masak layu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blocking hightekanan tinggi halangMeteorologiMeteorologi PerhubunganKawasan tekanan tinggi yang bergerak amat perlahan berbanding dengan gerakan perlahan-lahan dari barat ke timur sistem cuaca yang lain, seperti lekukan palung. Sistem cuaca ini menghalang pergerakan sistem cuaca lain yang merentasi latitud kawasan tekanan tinggi tersebut.
slow-curingawet perlahanKejuruteraan AutomotifTiada1. Jenis bitumen cecair yang kadar pengawetannya perlahan.
slow cookerperiuk masak perlahanPerkakas elektrik domestikTiadaPeriuk yang masak secara perlahan.
slow play buttonpunat main perlahanSosiologiTiadaPunat untuk memainkan pita atau mendapatkan gambar secara perlahan.
long slow distant running (LSD)lari jarak jauh perlahanSukanTiadaLarian jarak jauh yang dilakukan secara perlahan-lahan bagi meningkatkan daya tahan aerobik.
bradycardiabradikardiaPerubatanTiadaDenyutan jantung yang perlahan yang dapat diketahui dengan kadar nadi yang perlahan sehingga kurang daripada 60 denyutan per minit, pada orang dewasa.
seepagetirisanGeografiTiada1. Aliran perlahan air permukaan ke dalam tanih.,2. Air tanah yang keluar perlahan daripada batuan sebagai mata air.,3. Aliran minyak mineral di permukaan tanah.
slow-releaselepas perlahanPerubatanTiadaFormulasi ubat berbentuk tablet atau kapsul yang bahan aktif di dalamnya dikeluarkan ke dalam usus dengan kadar malar dan perlahan. Formulasi ini akan memanjangkan jangka masa tindakan ubat dan mengurangkan frekuensi dos serta meningkatkan kepatuhan pesakit.
saucer(bentuk), piringPentadbiran PerniagaanTiadapiring: Bentuk carta teknikal yang menunjukkan penurunan harga secara perlahan-lahan dan menaik semula, juga secara perlahan-lahan setelah mencapai harga terendah sehingga menyerupai sebuah piring.
life cycle curve streched Skitaran hayat lengkung S diregangkanPentadbiranTiadaLengkung pertumbuhan yang bermula secara perlahan, meningkat dengan kadar yang tinggi dan perlahan semula dengan mengambil bentuk S.
12345678910...

Kembali ke atas