cruel treatment | perlakuan kejam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan. Berbeza dengan perlakuan merendahkan dan perlakuan tak berperikemanusiaan, ciri perlakuan kejam ini paling kurang tumpuan pada nilai kehormatan tetapi lebih tertumpu pada aspek kesakitan dan penderitaan. Contohnya, perbuatan pegawai polis yang menggunakan senjata secara kejam dan tidak mengikut prosedur terhadap seseorang sehingga mendatangkan kecederaan pada orang tersebut. Lihat juga peninggalan, perlakuan merendahkan, perlakuan tak berperikemanusiaan. |
conduct | alir; kelakuan;perlakuan | Ekonomi | Tiada | 2. Perlakuan: Apa yang dilakukan sebagai strategi sesebuah firma dalam pasaran, yang sebahagian besarnya melibatkan strategi penentuan harga, pengeluaran, dan promosi untuk meningkatkan prestasinya. |
disuse theory | teori tidak diguna | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang mengutamakan amalan atau kegunaan. Mengikut teori ini, perlakuan yang tidak diamalkan akan menjadi lemah atau lenyap meskipun diberikan rangsangan. Sekiranya sesuatu hubungan rangsangan dengan perlakuan tidak diperkukuhkan dalam masa tertentu, lama-kelamaan perlakuan itu berkemungkinan besar tidak akan mengikut rangsangan yang diaplikasikan. Contohnya, dalam teori kognitif, ingatan terhadap sesuatu akan luntur sekiranya jarang atau tidak digunakan. |
structure-conduct-performance paradigm | paradigma struktur perlakuan prestasi | Ekonomi | Tiada | Model yang berasaskan idea bahawa struktur pasaran, iaitu bilangan firma dan penguasaan pasaran menentukan perlakuan pengurusan dan seterusnya mempengaruhi prestasi industri, terutamanya dari segi harga dan keuntungan. |
hypothesis null | hipotesis nol | Sains Forensik | Tiada | Hipotesis yang menerangkan perlakuan statistik satu set data yang dianggap sah sehingga perlakuan data sebenar bercanggah dengan anggapan ini. Hipotesis nol biasanya diutarakan oleh pihak pendakwa atau pihak plaintif. Simbol H0. |
cyber crime | jenayah siber | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perlakuan jenayah yang menggunakan apa-apa jenis peranti elektronik melalui rangkaian perkhidmatan Internet yang membolehkan perlakuan jenayah terhadap seseorang individu atau sekumpulan orang atau organisasi. Jenayah ini mampu dilakukan dengan cepat, mudah dan dalam tempoh masa yang singkat dan boleh merentasi sempadan sesebuah negara. Contohnya, penggodaman sistem, penipuan dalam talian dan penyebaran virus komputer. |
contextual interference | interferens berkonteks | Sains Sukan | Biomekanik | Gangguan dalam prestasi dan pembelajaran kemahiran, kesan daripada perbuatan mempelajari satu perlakuan yang mempunyai hubungan dengan perlakuan lain dalam kelas yang sama. Contohnya, gangguan semasa mempelajari teknik ayunan golf yang baharu, setelah teknik ayunan yang berbeza daripada sebelumnya dikuasai oleh seseorang pemain. |
imitation | imitasi | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Teori Aristotle yang merujuk lakonan sebagai peniruan kehidupan. 2. Perlakuan yang meniru tingkah laku dan peristiwa daripada kehidupan sebenar. Perlakuan ini terhasil melalui proses saringan dramatik. |
affordance | kebolehmampuan | Sains Sukan | Biomekanik | Keterhadan terhadap perlakuan yang boleh dibenarkan dengan merujuk pertalian yang wujud antara persekitaran dengan lakuan motor. Contohnya, dalam terowong yang sempit, yang hanya membolehkan seseorang merangkak kerana keadaan persekitaran tersebut tidak membenarkan perlakuan lain, seperti berlari. |
Heisenberg uncertainty principle | prinsip ketakpastian Heinsenberg | Farmasi | Tiada | Prinsip yang menyatakan bahawa momentum dan kedudukan zarah seperti elektron mustahil dapat diukur dengan tepat. Ketakpastian ini tidak mempunyai kaitan dengan ralat dalam alat pengukuran atau ralat yang dihasilkan oleh pencerap, tetapi timbul daripada kenyataan bahawa zarah juga mempunyai perlakuan seperti perlakuan gelombang dan mengganggu sistem dengan cara yang tidak dapat diramalkan. |