Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lam.ba.ngan] | ڤرلامبڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meng­gunakan sesuatu sbg lambang: yg dimaksud­kan dgn ejaan ialah ~ fonem dgn huruf; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lam.ba.ngan] | ڤرلامبڠن

Definisi : perihal atau perbuatan memberi lambang kpd; hal mempunyai sesuatu sbg lambang (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlambangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Buat pengetahuan saudara, saya sedang mengkaji unsur perlambangan "masa" dalam sajak. Saya ingin bertanya mengenai perbezaan antara perlambangan dengan simbolisme dalam sajak. Soalan kedua saya ialah maksud lambang "petang" dalam sajak. Terima kasih atas daya usaha membantu.

Waalaikumusalam wbk. Perlambangan dan simbolisme dalam sajak sebenarnya tiada yang berbeza. Perkataan lambang adalah kata dasar dalam bahasa Melayu sementara symbol adalah kata dasar dalam bahasa Inggeris.  

Lambang "petang" dalam sajak bermaksud waktu antara pukul 12:01 tengah hari (petang) hingga pukul 7:00 petang. Petang dalam konteks ini bermaksud cuaca redup atau matahati tenggelam. Perlambangan (metafora) "petang" boleh juga bermaksud usia senja atau umur yang lewat/tua.

Bagi mendapatkan maklumat lengkap dan jelas, sdr. dicadangkan membeli atau membuat rujukan pada buku Panduan Menulis Sajak karya Rahman Shaari (terbitan DBP) dan Kamus Puisi (Siri Kamus Istilah MABBIM) terbitan DBP, 2005. 

Sekian, terima kasih dan wassalam. 

Lain-lain21.07.2009
unsur perlambangan dalam peribahasa dan asal usul bermula peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa telah lama digunakan/wujud dalam masyarakat Melayu atau masyarakat lain juga. Untuk melihat asal usul, jenis dan ciri-ciri (termasuklah perlambangan)sila lihat kajian/buku tentang peribahasa.

Lain-lain26.01.2008
Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman, Kalungan budi junjungan kasih, Mesa kenangan sepanjang zaman. Soalan: Dapatkah akar keladi melilit selasih?Rangkap pantun tersebut hanya merupakan perlambangan bahasa yang mengindahkan lagi susunan bahasa dalam bidang sastera terutamanya dalam penulisan puisi.Lain-lain18.05.2010
adakah ayat ini gramatis? "Daun Melambai." Ayat ini saya ambil daripada ssebuah buku tatabahasa Melayu. Namun contoh ayat dalam kamus dewan bagi perkataan melambai adalah " Kereta api pun bergerak. Kulihat tangan suamiku melambai-lambai. sehubungan ini, adakah perkataan melambai mesti digandakan baru ia berfungsi sebagai kata kerja tak transotif? Berdasarkan contoh "daun melambai." Adakah penggunaan melambai dalam ayat di bawah ini betul / salah. "Di lapangan terbang, ibu bapa dan adik beradik Thomas melambai dengan Thomas yang akan bertolak ke London.1. Untuk makluman, perkataan "Daun Melambai" boleh digunakan kerana ia merupakan bentuk personifikasi iaitu;
 a. pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak bernyawa atau sesuatu yg abstrak dll utk mendapatkan kesan sastera atau seni.
 b. perlambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yg abstrak sbg mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yg tidak bernyawa (atau abstrak) sbg manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dgn kata-kata yg terpilih.

2. Selain itu, perkataan melambai tidak semestinya digandakan untuk berfungsi sebagai kata kerja tak transitif kerana kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek selepasnya. Untuk lebih jelas, rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 88.

3. Penggunaan ayat yang betul, "Di lapangan terbang, ibu bapa dan adik-beradik Thomas melambaikan tangan kepadanya yang akan bertolak ke London."
Tatabahasa18.08.2015
1.Apakah definisi retorik penceritaan? 2.Apakah tujuan retorik penceritaan? 3.Apakah ciri-ciri retorik penceritaan? 4.Apakah aspek penting retorik penceritaan?

Saudara,

1. Retorik Penceritaan atau naratif ialah suatu bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan. dalam bentuk penulisan, retorik ini meliputi pelbagai jenis seperti cerpen, novel,drama, biografi dll.

2. Retorik melibatkan seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian idea yang menarik dan berkesan  dengan tujuan untuk memujuk, mempengaruhi, meyakinkan pembaca / pendengar tentang sesuatu perkara (Nik Safiah & Wan Malini).

3. Ciri-ciri retorik penceritaan ialah

a. retorik bentuk ini mempunyai bahagian pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian,

b. gaya bahasa yang digunakan bersifat imajinatif, menggunakan bahasa sastera seperti imejan, perlambangan, metafora, persenofikasi dll.

c. terdapat sedikit kebebasan  tatabagasa kerana bersifat ekspresi.

4. aspek-aspek penting dalam retorika; pemerian, pemujukan, penerangan,  penceritaan, pendedahan dan penghujahan.

sekian, terima kasih.  

Sastera31.01.2011
Saya ingin maklumat biodata tentang ZAIHASRA ( Zaiton Abdullah) dan Zurinah Hassan. Selain itu, bolehkah saya mendapatkan dua buah sajak yang banyak menggunakan simbol dan lambang dalam penulisan mereka.Sdr. boleh merujuk dan mendapatkan biodata/maklumat tentang Zurinah Hassan dan Zaihasra (Zaiton Abdullah) melalui buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga terbitan DBP 2005. Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP Berhad, Tingkat Bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau merujuk di perpustakaan iaitu Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Di perpustakaan, sdr. boleh merujuk sajak Zaihasra "Lautan di Waktu Subuh" terbitan DBP yang berjudul Karya Pemenang Hadiah Sastera 1974-76. Juga sajak Zurinah Hassan berjudul "Kuali Hitam" yang mengandungi simbol atau perlambanganLain-lain04.09.2008

Kembali ke atas