Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lam.ba.ngan] | ڤرلامبڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meng­gunakan sesuatu sbg lambang: yg dimaksud­kan dgn ejaan ialah ~ fonem dgn huruf; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lam.ba.ngan] | ڤرلامبڠن

Definisi : perihal atau perbuatan memberi lambang kpd; hal mempunyai sesuatu sbg lambang (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlambangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
symbolismperlambanganKesenianSeni BinaPenggunaan sesuatu lambang atau simbol untuk melahirkan sesuatu idea atau maksud yang jauh lebih mendalam dan signifikan. Ia merupakan satu gagasan pemikiran yang menjurus kepada pemberian lambang terhadap sesuatu unsur yang dianggap unggul atau bersifat suci bagi tujuan untuk mengambarkan kehadiran unsur tersebut. Dalam seni bina, pendekatan perlambangan cuba untuk menzahirkan kehadiran unsur dan menunjukkannya dalam bentuk lambang atau kiasan, sama ada pada mukaan bangunan atau bentuk bangunan. Perlambangan dalam seni bina tradisional Melayu misalnya, dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti binaan, adat istiadat dan juga penggunaan corak dan hiasan. Contohnya, pembinaan ruang anjung dan serambi di rumah-rumah Melayu melambangkan sifat masyarakat yang suka menerima kunjungan tetamu selain berfungsi sebagai tempat berkumpul dan mengadakan aktiviti kenduri-kendara. Contoh lain ialah penggunaan corak ukiran yang berkeluk-keluk dalam keadaan tunduk ke bawah yang melambangkan jiwa dan keperibadian masyarakat Melayu yang penuh kelembutan, tidak meninggi diri, dan mempunyai jiwa kehambaan dalam hubungannya dengan Pencipta. Walau bagaimanapun, penggunaan perlambangan tidak dianggap tulen kerana ia bertentangan dengan lunas pembangunan seni bina yang sepatutnya merujuk kepada penyesuaian terhadap amalan dan budaya pengguna bangunan serta penyelesaian terhadap iklim dan persekitaran, tempat bangunan tersebut dibangunkan.
typificationperlambanganSejarahTiadaTiada
symbolizationperlambangan/pensimbolanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
symbolizationperlambanganSains PolitikPolitik PerbandinganLihat pensimbolan.
analphabetic symbolismperlambangan biabjadLinguistikTiadaTiada
chemical formulaformula kimiaKimiaTiadaPerlambangan untuk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dengan menggunakan simbol.
chemical formulaformula kimiaKimiaTiadaPerlambangan utuk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dengan menggunakan simbol. Formula kimia yang viasa digunakan ialah formula empirik, formula molekul, formula struktur dan formula am.
chemical equationpersamaan kimiaKimiaTiadaPerlambangan kuantitatif sesuatu tindak balas kimia dengan menggunakan formula. Persamaan kimia memberikan maklumat stoikiometri, bahan dan hasil tindak balas, dan arah tindak balas.
displacing of meaninggantian maknaKesusasteraanPuisiPerlambangan yang digunakan oleh penyair bagi menggantikan makna asal yang terdapat pada diksi, frasa ataupun kalimat.
semiotics of performancesemiotik pementasanKesenianDrama dan TeaterSistem tanda dan perlambangan yang dapat dilihat dalam sesuatu pementasan dan boleh ditafsirkan maknanya oleh penonton. Semiotik pementasan boleh ditunjukkan melalui pelbagai cara. Contohnya, penggunaan topeng, gerak isyarat, rekaan set, warna dan rekaan kostum.
12

Kembali ke atas