Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lan.ju.tan] | ڤرلنجوتن

Definisi : perihal berterusan (ber­panjangan); ~ jenis Id pembiakan jenis (tumbuh-tumbuhan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlanjutan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah bentuk kata "perlanjutan" wujud dalam Bahasa Melayu? Saya berasa ragu dengan kewujudan kata "perlanjutan" kerana kata "perlanjuan" mewujud dalam Kamus Dewan, tetapi tidak mewujud dalam Kamus Pelajar. Adakah kata "perlanjutan" berasal daripada kata kerja "berlanjutan"? Bukankah kata berapitan peR-...-an hanya berasal daripada kata kerja berawalan ber-? Adakah kata nama peR-...-an berasal daripada kata kerja yang berapitan ber-...-an?Kamus Dewan mengambil data daripada korpus. Hal ini bermakna data yang dirakamkan ditemukan dalam wacana bahasa Melayu. Kata Perlanjutan wujud dalam bahasa Melayu, namun sebagai pelajar rujuklah Kamus Pelajar untuk penggunaan yang betul. Kamus Dewan penting dalam mengungkapkan makna kata, namun andainya ada kekeliruan dalam data kedua-dua kamus, sila rujuk editor Kamus Pelajar melalui e-mel aziah@dbp.gov.my dan editor Kamus Dewan melalui e-mel salmah@dbp.gov.my.Tatabahasa01.01.2015
perlanjutan atau pelanjutan penyewaan ruang pejabat?Penggunaan yang betul dalam frasa tersebut ialah "pelanjutan penyewaan pejabat", kata perlanjutan juga betul tetapi lazimnya digunakan dalam konteks makna berterusan atau berpanjangan.Ejaan14.09.2011
1. Penggunaan perkataan PELANJUTAN dan PERLANJUTAN mana yg sepatutnya digunakan untuk kes di mana pegawai memohon perlanjutan/pelanjutan cuti. 2. Penggunaan perkataan PENGISYTIHARAN dan PENGISHTIHARAN mana yang betul untuk kes pengisytiharan/pengisytiharaan harta Selamat Berpuasa + Selamat Hari Raya1. lanjut - melanjutkan(perbuatan), pelanjutan(proses melanjutkan). Oleh itu yang betul ialah pegawai memohon pelanjutan cuti. 2. isytihar - mengisytiharkan(perbuatan), pengisytiharan(proses mengisytiharkan. Oleh itu yang betul ialah kes pengisytiharan harta. Lain-lain26.09.2008
Saya ingin bertanya, penggunaan pelanjutan atau perlanjutan yang betul bagi maksud untuk melanjutkan kebenaran memandu. cth: Permohonan kelulusan perlanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. @ Permohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. Terima kasihPermohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan - pelanjutan bermaksud perihal melanjutkan (kebenaran memandu kenderaan jabatan).Tatabahasa21.03.2011
Apakah perkataan yang betul dan apakah perbezaan perkataan tersebut ? 1) Perlanjutan dan Pelanjutan 2) Perlantikan dan Pelantikan Terima kasih.Dalam Pelajar Edisi Kedua, pelanjutan bermaksud perbuatan atau hal melanjutkan; penerusan manakala perlanjutan bermaksud perihal berterusan (ber­panjangan).



Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.
Makna30.11.2013
Ikut nasihat DBP, pelanjutan masa adalah tepat. Tetapi, ikut istilah terjemahan bidang sasar undang-undang, extension of time diterjemahkan sebagai perlanjutan masa. Mana satukah yang tepat? Perlajutan atau pelanjutan masa untuk extension of time?
Penggunaan yang betul ialah "pelanjutan masa". Namun dalam istilah undang-undang, frasa "perlanjutan masa' juga adalah betul setelah dibengkelkan dan mendapat pengesahan daripada pakar bidang.
Tatabahasa28.12.2020
mana yg betul? Pengisytiharan atau perisytiharan Imbuhan yg betul perlu diguna utk perkataan yg bermula dgn huruf L cth: Lanjut- Perlanjutan atau Pelanjutan? Saya hanya pasti untuk Pelesenan (lesen). Tetapi tdk pasti utk kata nama perbuatan

Kata terbitan perisytiharan dan pengisytiharan kedua-duanya betul. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran, contohnya: Mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari perisytiharan kemerdekaan. Manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, atau disebut juga pengumuman, pemakluman. Begitu juga dengan perlanjutan dan pelanjutan, kedua-duanya betul. Perkataan yang kata akarnya bermula dengan huruf L tidak mengalami peluluhan apabila menerima imbuhan/apitan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.

Tatabahasa15.12.2010
Ayat manakah yang betul di antara "pelanjutan tempoh masa" atau "perlanjutan tempoh masa"?Ayat yang betul ialah pelanjutan tempoh masa.Tatabahasa09.08.2018
saya ingin pastikan tajuk surat yang paling tepat samada menggunakan " Perlanjutan tempoh sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas bagi tempoh 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" atau " Pencalonan semula sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015"
Frasa yang tepat ialah Pelanjutan Tempoh Sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas bagi Tempoh 1 Mac 2013- 23 Februari 2015.
Tatabahasa08.01.2013

Kembali ke atas