Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.wa.nan] | ڤرلاونن

Definisi : 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintah­an Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal ber­lawanan (spt siang dgn malam dll), perten­tangan (makna dll): ~ kata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.wa.nan] | ڤرلاونن

Definisi : 1 hal atau perbuatan berlawan; pertandingan; peraduan: Mereka datang utk menyaksikan ~ bola sepak. 2 hal atau keadaan berlawanan: ~ kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Peribahasa

Seperti mentimun dengan durian.

Bermaksud :

Orang yang lemah melawan orang yang kuat; perlawanan yang tidak sebanding.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Perlawanan Bola SepakN.Zammuddin IsmailDewan Pelajar1 April 1982
Perlawanan Yang Tidak Dapat Saya LupakanSaidi HassanDewan Pelajar1 September 1978
Perlawanan Bola SepakNor Adibah BasirDewan Pelajar1 January 1975
Perlawanan Utuy di Bawah Langit MoskowAlieda, MartinTempo25 February 2002
PerlawananRahman ShaariDewan Sastera1 July 1991
Menonton Perlawanan TinjuAhmad Ridza Mohd NohDewan Pelajar1 October 1975
Menjual PerlawananMohd. Kasim MahmudAl Islam1 August 1996
Mati Dalam PerlawananBaha ZainDewan Sastera1 March 2009
Baha Zain dan Wole Soyinka: antara seni, perlawanan dan futurismeAhmad Kamal AbdullahPerisa1 January 1997

Kembali ke atas