Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.wa.nan] | ڤرلاونن

Definisi : 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintah­an Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal ber­lawanan (spt siang dgn malam dll), perten­tangan (makna dll): ~ kata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.wa.nan] | ڤرلاونن

Definisi : 1 hal atau perbuatan berlawan; pertandingan; peraduan: Mereka datang utk menyaksikan ~ bola sepak. 2 hal atau keadaan berlawanan: ~ kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Peribahasa

Seperti mentimun dengan durian.

Bermaksud :

Orang yang lemah melawan orang yang kuat; perlawanan yang tidak sebanding.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
di bahagian atau pada bahagian? di perlawanan atau pada perlawanan ?Jawapan yang betul ialah di bahagian dan pada perlawanan. Lain-lain11.05.2010
Salam, antara berikut yang manakah betul? perlawanan futsal terbuka ataupun perlawanan terbuka futsal? Apakah alasannya? Terima kasih.Frasa yang betul ialah Perlawanan Futsal Terbuka.

Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua.

Dalam frasa "Futsal Terbuka", "Futsal" merupakan diterangkan manakala "Terbuka" menerangkan futsal tersebut.
Tatabahasa11.12.2013
Antara berikut yang manakah menepati hukum bahasa?perlawanan bola sepak atau perlawanan sepak bola?1. Frasa yang betul ialah perlawanan bola sepak.Lain-lain17.12.2015
di dinding atau pada dinding ? di aras atau pada aras? di perlawanan akhir atau pada perlawanan akhir ?Frasa yang betul ialah ... di dinding, ...di bawah aras,... pada perlawanan akhir.Tatabahasa31.03.2013
Salam, apakah istilah yang betul antara berikut? 1. perlawanan bola sepak persahabatan; 2. perlawanan persahabatan bola sepak. Sekian terima kasih.Frasa yang betul ialah perlawanan bola sepak persahabatan.Tatabahasa14.05.2013
Salam. saya ingin tahu jenis golongan kata pada rangkai kata perlawanan akhir dalam ayat berikut, adakah kata nama am atau kata nama khas. 1. Pasukan Galpam telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Western Union, kelmarin.Perlawanan akhir ialah kata nama am dan penggunaan tanda baca dalam ayat contoh yang diberi adalah betul.Tatabahasa22.10.2011
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya apakah perbezaan kejuaraan pertandingan perlawanan Bolehkah tuan/puan menjelaskannya bersertakan contoh penggunaan? Terima kasih :)Pertandingan, perlawanan dan kejuaraan mempunyai maksud yang sama, iaitu perihal bertanding, perlumbaan, peraduan, kejohanan. Contoh ayat: 1. Pasukan Selangor telah memenangi kejuaraan/perlawanan bola sepak Malaysia. 2. Pemenang Pertandingan Teka Silang Kata telah diumumkan semalam.Tatabahasa13.08.2021
Salam 1Bahasa, 1. Ayat: a. Dalam perlawanan bola sepak... b. Pada perlawanan hoki itu... c. Di kejohanan Euro... d. Pada kejohanan Euro... Yang manakah yang tepat? 2. Sila letakkan kenderaan anda dalam keadaan "Reverse Parking". Dalam bahasa Melayu, terjemahannya, bagaimana? Terima kasih.1. Frasa satu dan dua betul dan penggunaan salah salah satu daripada ftrasa bergantung pada konteks ayat yang digunakan.
2. Yang betul ialah "reverse gear" terjemahannya ialah gear undur.
Tatabahasa06.07.2012
Perlawanan itu menjadi semakin hebat pada separuh kedua masa itu. munsyi, bagaimanakah betulkan ayat ini? TQAyat yang betul ialah: Perlawanan itu menjadi semakin hebat pada separuh masa kedua.Tatabahasa16.02.2012
Ayat manakah yang betul di antara yang berikut: 1) Apabila perlawanan sedang dimuatkan atau apabila anda lahir semula, anda akan diberitahu jika Hok anda tidak dibuka. 2) Apabila perlawanan sedang dimuatkan atau anda lahir semula, anda akan diberitahu jika Hok anda tidak dibuka.Ayat contoh yang diberikan tidak jelas dan kurang difahami. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang betul.Tatabahasa07.03.2024
123456

Kembali ke atas