Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.wa.nan] | ڤرلاونن

Definisi : 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintah­an Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal ber­lawanan (spt siang dgn malam dll), perten­tangan (makna dll): ~ kata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.wa.nan] | ڤرلاونن

Definisi : 1 hal atau perbuatan berlawan; pertandingan; peraduan: Mereka datang utk menyaksikan ~ bola sepak. 2 hal atau keadaan berlawanan: ~ kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Peribahasa

Seperti mentimun dengan durian.

Bermaksud :

Orang yang lemah melawan orang yang kuat; perlawanan yang tidak sebanding.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
belang Bj Smmajlis keramaian.Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka,” terang Cikgu Damit lagi.Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumpis MSbpetah bercakap (bkn kanak-kanak).BUKAN main tumpisnya mulut Minarni malam itu. Ia menceritakan kepada ayahnya betapa Yanti mengalahkan pemuda­pemuda di kampung itu dalam perlawanan sepak manggis petang tadi. Kelincahan Yanti mendapat sorotan yang amat baik dari adik sepupunya itu.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sepak manggis MSbsejenis permainan tradisional yang menggunakan bola sepak raga. Bola tersebut disepak secara berpasangan (dua orang) menuju ke arah bekas di tempat tinggi, dalam bekas tersebut diletakkan sejumlah wang yang akan menjadi milik pemain sekiranya bola tersebut mengenainya. Permainnan ini biasanya dimainkan di majlis perkahwinan atau keramaian.Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka," terang Cikgu Damit lagi.Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas