Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1 tidak boleh tidak; mesti; wajib: Sembahyang lima waktu sehari semalam itu ~ bagi tiap-tiap orang Islam. Tiap-tiap permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon. 2 mesti ada; berguna; mustahak; penting: Mana-mana barang yg tidak ~ tak usahlah dibawa. 3 sesuatu yg dikehendaki; hajat; guna: Apa ~nya saya pergi bersama? memerlukan 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. keperluan apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
necessaryadj 1. essential, needed, perlu: is all this luggage ~?, adakah semua beg ini perlu?; hard work is ~ for success in life, bekerja keras adalah perlu utk berjaya dlm hidup; don’t stay longer than ~, jangan tinggal lebih lama drpd yg perlu; 2. inevitable, natural consequence, tdk dapat dielakkan: famine is often a ~ consequence of drought, selalunya kebuluran ialah akibat kemarau yg tdk dapat dielakkan; do the ~, membuat apa-apa yg patut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
needvt & aux 1. require, memerlukan [n], perlu [v]: I ~ $200, saya memerlukan wang $200; I ~ to borrow $200, saya perlu meminjam wang $200; this house ~s a new coat of paint, rumah ini perlu dicat lagi; the extra money was not ~ed, wang tambahan itu tdk diperlukan; cactuses ~ little water, pokok kaktus memerlukan sedikit air; this section ~s rewriting, bahagian ini perlu ditulis semula; 2. have to, perlu, harus, mesti; (in the negative) tdk perlu; (colloq) tak /payah, usah/: a fact that we all ~ to bear in mind, suatu kenyataan yg harus kita semua ingat; we ~n’t go to work tomorrow, tak payah kita pergi kerja esok; you ~n’t pretend you didn’t hear, kamu tak usah pura-pura tak dengar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stock-in-trade n 1. sesuatu yg perlu: such tools are a carpenter’s ~, perkakas-perkakas itu ialah sesuatu yg perlu bagi tukang kayu; words are the writer’s ~, kata-kata ialah sesuatu yg perlu bagi penulis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
integraladj 1. essential and cannot be left out, perlu, penting: public transport is an ~ part of urban planning, pengangkutan awam ialah perkara yg perlu dlm perancangan bandar; an ~ part of a machine, bahagian mesin yg perlu; 2. (math) kamiran: ~ constraint, kekangan kamiran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indicate4. (often pass.) show the necessity of, (act.) menunjukkan [sso] perlu + approp v; (pass.) perlu + approp v: in this particular case, a course of antibiotics is ~d, dlm kes ini, pesakit perlu diberi antibiotik; 5. show which way one or st is going to turn, memberikan isyarat: the car ~d that it was turning right but turned left instead, kereta itu memberikan isyarat akan membelok ke kanan tetapi sebaliknya membelok ke kiri; 6. (of instrument) give a reading of, menunjukkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
needas the ~ arises, bila-bila perlu; /cover, meet, supply/ so’s ~s, memenuhi keperluan sso: $100 should meet my immediate ~s, $100 dapat memenuhi keperluan saya sekarang; if ~(s) be, /kalau, jika/ perlu; be in (great) ~, dlm kesusahan (yg amat sangat); be (greatly, badly) in ~ of, (sangat) /memerlukan, perlu akan/ [n], perlu [v]: I’m greatly in ~ of moral support, saya sangat memerlukan sokongan moral; people in ~ of help, orang yg memerlukan pertolongan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
non-essentialadj tdk perlu: a ~ purchase, pembelian yg tdk perlu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
needlessadj tdk perlu: ~ to say, he was late again, tdk perlu dikatakan, dia lewat lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
needfuladj needed, required, perlu: do whatever is ~, buat apa sahaja yg perlu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dispensableadj not necessary, tdk perlu: ~ items, benda-benda yg tdk perlu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas