Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1 tidak boleh tidak; mesti; wajib: Sembahyang lima waktu sehari semalam itu ~ bagi tiap-tiap orang Islam. Tiap-tiap permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon. 2 mesti ada; berguna; mustahak; penting: Mana-mana barang yg tidak ~ tak usahlah dibawa. 3 sesuatu yg dikehendaki; hajat; guna: Apa ~nya saya pergi bersama? memerlukan 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. keperluan apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. berkenaan dengan seseorang yang mengeluarkan kata-kata yang tidak perlu yang memungkinkan sesuatu itu terjadiTok sah dok celapoi sangat mulot hang tu, sat ni betoi-betoi keluaq ulaq kot baru hang tau.[to sAh do tS«.lA.poj sA.NAt mu.lot hAN tu sAt ni b«.toj.b«.toj k«.lu.wA)Ö u.lA)Ö kot bA.Òu hAN tAw]Jangan celapoi sangat mulut awak tu, sebentar lagi ular betul keluar baru awak tahu.
kasut serelom[kA.sut s«.Ò«.lom] kasut yang dipakai tanpa perlu mengenakan tali, pin atau butang.Kalu pi reja, cek suka pakai kasut serelom.[kA.lu pi Ò«.dZA tSE/ su.kA p­A.kAj kA.sut s«.Ò«.lom]Kalau pergi kerja, saya suka pakai kasut serelom.
   2. mengeringkan sesuatu; sereyat 1 (kk)Kolah tu kena periat dulu baru takong ayaq.[ko.lAh tu k«.nA p«.Òi.jAt du.lu bA.Òu tA.koN A.jA)Ö]Kolah itu perlu dikeringkan dulu baharu takung air.
beng[b«N]kata adjektif1. marah atau bengang.Aku beng betoi pasai kena buat reja banyak.[A.ku b«N b«.toj pA.sAj k«.nA bu.wAt Ò«.dZA bA.øA]Saya sungguh marah sebab perlu buat banyak kerja.
lambot kelin[lAm.bot]kata kerjamelambung dan menyambut sesuatu.Hang kena pi jaoh sikit kita nak maen lambot bola.[hAN k«.nA pi dZAoh si.kit sAt gi ki.tA nA/ mAen lAm.bot b.lA]Awak perlu pergi jauh sikit, kita nak main lambung bola.
kelemok[k«.l«.mo/]kata namakelodak di dalam air yang lama bertakung.Kolah tu nak kena basoh pasai banyak kelemok.[ko.lAh tu nA/ k«.nA bA.soh pA.sAj bA.øA/ k«.l«.mo/]Kolah itu perlu dibasuh sebab banyak kekotoran.
pokah[po.kAh]kata kerjamengopak sesuatu secara paksa dengan menggunakan sesuatu (seperti besi, tukul dan sebagainya ) toiKena pokah pintu pasai kami tetinggai kunci.[k«.nA po.kAh pin.tu pA.sAj kA.mi t«.tiN.gAj kun.tSi]Perlu dikopak pintu sebab kami tertinggal kunci.
sep[sep]kata namapermainan sepak bulu ayamMaen sep ni dulu-dulu bola dia kena buat seniri.[mAen sep ni du.lu.du.lu b.lA di.jA k«.nA bu.wAt s«.ni.Òi]Permainan sep ini dahulu bolanya perlu dibuat sendiri.
ceruak[tS«.Òu.wA]kata kerjamenyimbah atau mencurah cecair; cerok, ceruahKalu pakai jamban curah kena ceruak dengan ayaq.[kA.lu pA.kAj dZAm.bAn tSu.ÒAh k«.nA tS«.Òu.wA d«.Nan A.jA)Ö]Kalau guna tandas curah perlu disimbah dengan air.
timang[ti.mAN]kata kerjamengangkat bola secara berulang-ulang dengan menggunakan kakiKalu nak maen sepak raga hang kena pandai timang.[kA.lu nA/ mAen sE.pA/ ÒA.gA hAN k«.nA pAn.dAj ti.mAN]Kalau hendak bermain sepak raga awak perlu pandai timang.
123

Kembali ke atas