Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1 tidak boleh tidak; mesti; wajib: Sembahyang lima waktu sehari semalam itu ~ bagi tiap-tiap orang Islam. Tiap-tiap permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon. 2 mesti ada; berguna; mustahak; penting: Mana-mana barang yg tidak ~ tak usahlah dibawa. 3 sesuatu yg dikehendaki; hajat; guna: Apa ~nya saya pergi bersama? memerlukan 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. keperluan apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TABIAT

Tabiat ialah perkara yang dilakukan oleh

seseorang berulang-ulang kali tanpa perlu berfikir

bagaimana untuk melakukannya. Pelbagai perbuatan

yang dilakukan setiap hari merupakan tabiat.

Bayangkan betapa sukarnya untuk mengikat tali

kasut anda sekiranya anda perlu memikirkan setiap

tindakan yang diperlukan untuk mengikat tali kasut.

Tabiat berbeza dengan naluri . Naluri ialah tingkah

laku yang semula jadi, bukannya perkara yang

dipelajari (lihat Naluri ).

UMUM 
PROBET

Probet. Apabila seseorang meninggal dunia,

wasiatnya perlu diterima sebagai probet (untuk

membuktikan wasiat itu tulen). Wasi si mati akan

mengemukakan wasiatnya kepada mahkamah dan

mahkamahlah yang akan mengendalikan wasiat dan

harta pusakanya. Mahkamah ini dikenali sebagai

mahkamah probet. Pihak wasi perlu mengemukakan

wasiat dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa

wasiat si mati benar. Wasiat hendaklah mendapat

probet secepat mungkin selepas kematian orang

yang membuat wasiat yang dikenali sebagai

pewasiat. Selepas surat wasiat dikemukakan,

mahkamah biasanya akan mengeluarkan

pemberitahuan kepada waris-waris pewasiat yang

sepatutnya mempunyai hak ke atas harta tersebut jika

wasiat itu tidak dibuat.

UMUM 
UJIAN HIDROSTATIKKaedah ujian yang perlu dilakukan terhadap bekas bertekanan dan talian paip bagi memastikannya bebas daripada sebarang kebocoran. Ujian hidrostatik selalunya diperlukan jika talian paip atau bekas bertekanan beroperasi pada tekanan yang setara atau melebihi 30 peratus daripada Tegasan Hoop. Ujian hidrostatik juga digunakan untuk menentukan tahap kekuatan bekas bertekanan dan talian paip. Ujian hidrostatik dilakukan selepas selesai operasi pemasangan. Ia dilakukan dengan memasukkan medium ujian ke dalam paip atau bekas bertekanan dan diberikan ...rujuk ensiklopedia sains dan teknologiKEJURUTERAANKaedah
KELAPARAN

Kelaparan terjadi apabila benda hidup mati

kerana kekurangan sebarang bahan makanan yang

perlu bagi kehidupan. Bahan makanan ini dikenali

sebagai nutrien atau zat makanan. Zat makanan

dikelaskan kepada enam kumpulan: karbohidrat,

lemak, mineral (garam galian), protein, vitamin, dan

air. Zat makanan membekalkan tenaga untuk

mengatur proses tubuh dan untuk membina dan

menyenggara tisu tubuh.

UMUM 
OSMOSIS

Osmosis ialah pergerakan cecair dari satu larutan

ke dalam larutan lain melalui membran yang

memisahkannya. Proses ini perlu bagi kehidupan

benda hidup. Misalnya, tumbuhan menyerap

kebanyakan airnya melalui osmosis. Pada haiwan,

osmosis membantu mengawal aliran air di antara

bendalir badan dengan sel. Osmosis juga

mempunyai beberapa kegunaan industri, seperti

penulenan air dan pengawetan makanan.

UMUM 
ERATOSTHENES

Eratosthenes (276? SM–195? SM) ialah ahli

matematik Yunani. Dia menemui cara mengukur

jarak sekeliling bumi tanpa perlu meninggalkan

utara Afrika, negeri tempat tinggalnya.

UMUM 
AMPUTASI

Amputasi merujuk kepada pemotongan tangan atau kaki,

sebahagian daripada tangan atau kaki, atau

bahagian badan yang lain, melalui pembedahan.

Amputasi mungkin perlu dilakukan akibat

kecederaan yang serius, jangkitan, ketumbuhan,

atau penyakit lain.

UMUM 
TAULIAH TENTERA

Tauliah tentera ialah perintah bertulis yang

memberikan pangkat kepada seseorang pegawai

dalam perkhidmatan tentera. Seseorang pegawai

menerima tauliah secara sukarela, dan ia tidak perlu

diperbaharui. Istilah in commission apabila

digunakan pula merujuk kepada kapal atau kapal

terbang membawa maksud kapal atau kapal terbang

telah bersedia untuk bertempur.

UMUM 
MUSTERING

Mustering ialah proses menghimpunkan biri-biri

dan lembu. Ia adalah aktiviti penting di ladang

ternak yang besar di Australia dan New Zealand.

Mustering biasanya dilakukan oleh individu yang

dikenali sebagai musterer, apabila ia perlu dibilang

atau apabila ia akan dijual atau disembelih atau

apabila biri-biri perlu dicukur bulunya. Mustering

adalah kerja yang lama dan sukar, terutamanya di

ladang ternak yang besar di barat laut Australia.

Ramai pemilik ladang ternak menggunakan kapal

terbang ringan untuk mengesan haiwan ternakan

mereka.

UMUM 
MUMIA

Mumia ialah mayat yang telah diawet dan

dipulihara selama beribu-ribu tahun. Orang Mesir

purba percaya bahawa orang yang telah mati terus

hidup di alam lain dan tubuhnya perlu dipelihara

selama-lamanya seolah-olah orang itu hidup.

Mereka percaya tubuh mayat diperlukan oleh si

mati dalam alam tersebut dan mereka berusaha

keras untuk mencari kaedah pengawetan. Beribu-ribu

tahun kemudian, ahli kaji purba telah

menjumpai banyak mayat yang telah diawet di

dalam makam. Kebanyakan muzium di seluruh

dunia mempunyai satu atau lebih mumia orang

Mesir. Mumia yang paling terkenal

kemungkinannya ialah mumia Ramses II dan

Tutankhamen, iaitu firaun (pemerintah) Mesir.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas