Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1 tidak boleh tidak; mesti; wajib: Sembahyang lima waktu sehari semalam itu ~ bagi tiap-tiap orang Islam. Tiap-tiap permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon. 2 mesti ada; berguna; mustahak; penting: Mana-mana barang yg tidak ~ tak usahlah dibawa. 3 sesuatu yg dikehendaki; hajat; guna: Apa ~nya saya pergi bersama? memerlukan 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. keperluan apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
essential amino acidasid amino perluVeterinarTiadaSekumpulan asid amino yang penting dan perlu ada dalam makanan pada aras yang bersesuaian mengikut keperluan makanan. Terdapat 10 jenis asid amino perlu iaitu lisina, metionina, fenilalanina, valina, triptofan, arginina, histidina, isoleusina, leusina dan treonina yang perlu ada dalam makanan kerana asid-asid ini tidak boleh disintesiskan dalam tubuh, atau jika disintesiskan ia masih tidak mencukupi. Asid amino perlu menjadi sumber atau asas kepada pembentukan asid amino yang lain. Biasanya, seekor unggas memerlukan salah satu asid amino perlu sama ada glisina atau serina kerana dua jenis asid amino ini boleh berubah dengan sendiri. Kualiti sesuatu protein dalam makanan ternakan bukan ruminan sangat bergantung kepada kandungan asid amino perlu.
amino acidasid aminoPertanianAgroteknologiSebatian organik yang mengandungi kumpulan amino dan karboksil. Rantaian asid amino akan membentuk protein. Terdapat 22 jenis asid amino, iaitu 11 daripadanya ialah asid amino perlu manakala 11 lagi ialah asid amino tak perlu. Contoh asid amino perlu ialah isoleusina, leusina, lisina, metionina, fenilalanina, treonina, triptofana, valina, histidina dan tirosina. Contoh asid amino tak perlu pula ialah alanina, arginina, aspartat dan sistina. Asid amino diperlukan dalam pemakanan tumbuhan dan haiwan.
non-essential amino acidasid amino tak perluVeterinarTiadaAsid amino yang diperlukan untuk proses metabolisme tetapi di dalam tubuh asid ini boleh disintesiskan oleh asid amino perlu. Terdapat 12 jenis asid amino tak perlu, iaitu alanina, asparagina, asid aspartik, sistina, sisteina, asid glumatik, glutamina, glisina, hidroksiprolina, prolina, serina dan tirosina.
essential nutrientnutrien perluGerontologiTiadaNutrien yang perlu dibekalkan dalam diet kerana tubuh tidak boleh mensintesiskannya.
tax payablecukai perlu bayarPentadbiran PerniagaanTiadaCukai yang perlu dibayar setelah ditolak kredit cukai.
dilapidated reportlaporan keusanganKesenianSeni BinaLaporan penilaian tentang tahap keusangan sesebuah bangunan. Laporan ini merupakan kenyataan tunjuk sebab yang memberikan peluang kepada pemilik untuk menyatakan mengapa mereka perlu atau tidak perlu menjalankan kerja-kerja membaik pulih bangunan tersebut. Penilai dan pemilik bangunan boleh berunding mengenai hasil penilaian bangunan bagi memuaskan hati kedua-dua pihak sebelum kerja-kerja pembaikan dibuat.
flashing amberambar kelipKejuruteraan AutomotifTiadaKeadaan lampu isyarat warna kuning pinang masak yang berkelip-kelip di waktu malam, pada setiap arah jalan tuju untuk menandakan bahawa pemandu tidak perlu berhenti tetapi perlu berwaspada.
essential amino acidasid amino perluFarmasiTiadaAsid amino yang tidak dapat disintesis oleh haiwan, dan dengan itu perlu diperoleh daripada makanan. Contohnya, isleusina, leusina, fenilalanina, lisina, metionina, treonina, valina, arginina, histidina dan triptofon.
essential amino acidasid amino perluKimiaTiadaAsid amino yang tidak dapat disintesis oleh haiwan, dan dengan itu perlu diperoleh daripada makanan. Misalnya isoleusina, leusina, fenilalanina, lisina, metionina, trenina, valina, dan triptofan.
self-watering containersbekas pengairan sendiriPertanianAgroteknologiSet bekas dan pasu yang digunakan supaya pengairan tidak perlu dilakukan dengan kerap. Pasu perlu mengandungi medium atau tanah, dan terdapat lubang-lubang yang boleh dilalui air di bahagian bawah pasu tersebut. Pasu ini diletakkan di atas suatu bekas yang mengandungi air yang bertakung. Air diserap ke dalam medium melalui sumbu (kain, tali) supaya sentiasa lembap dan akar pokok dapat menyerap air. Bekas tersebut hanya perlu diisi air kira-kira seminggu sekali. Singkatan SWC. Sinonim autopasu.
12345678910...

Kembali ke atas