Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lua.san] | ڤرلواسن

Definisi : perihal menjadi luas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lua.san] | ڤرلواسن

Definisi : hasil drpd usaha memperluas: ~ kawasan jajahan Inggeris turut memperluas penggunaan bahasanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perluasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perluasan makna perkataan lembagaDalam Kamus Dewan, Edisi Keempat lembaga ditakrifkan dengan pelbagai maksud, iaitu  1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu);  2. bentuk yg mula-mula (yang asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yang kurang jelas rupanya); 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan); sila rujuk juga Kamus Dewan Edisi Ketiga untuk mencari peluasan makna (jika ada) bagi kata lembaga.Makna16.09.2009
perluasan makna kata "kaki"

Dalam Kamus Dewan kaki ditakrifkan sebagai 1. anggota badan  2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah)  3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri  4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu  5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda  6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter  7. kiasan (orang yang) suka melakukan sesuatu.

Makna10.09.2009
Perluasan makna untuk perkataan pokok

1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya;

2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga;

3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam;

4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera;

Lain-lain09.09.2009
Salam hormat, Mohon penjelasan daripada pihak tuan mengenai istilah "peluasan" dan "perluasan". Apakah perbezaan kedua-dua istilah ini memandangkan bahawa kedua-duanya wujud dalam pangkalan data PRPM? Perluasan - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perluasan Peluasan - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peluasan Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.Peluasan bermaksud perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas, manakala perluasan ialah hasil daripada perbuatan memperluas.Makna30.01.2014
Dalam buku teks Tahun 5. Ada dinyatakan perluasan subjek bagi ayat tunggal. Mohon diberikan contoh.Selamat petang

Contoh perluasan subjek bagi ayat tunggal dalam Buku Teks Tahun 5

1. Farhana berwajah ceria. Farhana murid Tahun 5 Elit. Peluasan subjek: Farhana murid tahun 5 Elit berwajah ceria.
Tatabahasa10.11.2016
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan pengesahan sama ada istilah 'perluasan' atau 'peluasan' yang digunakan untuk ayat berikut: KWSP telah memperluaskan manfaat pengeluaran kepada ahli yang berstatus bukan warganegara Malaysia selain dari pengeluaran yang telah dibenarkan sebelum ini iaitu Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Kematian. 'Perluasan' / 'Peluasan' Manfaat ini diberikan kepada Ahli Bukan Warganegara yang bekerja atau berkhidmat di Malaysia. Mohon pengesahan pihak DBP berkaitan perkara ini. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.Peluasan bermaksud usaha meluaskan, manakala perluasan bermaksud hasil daripada usaha memperluas (menjadikan lebih luas). Penggunaan kata memperluas dalam konteks ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa21.07.2016
Soalan: 1. fluctuation: turun naik atau naik turun? 2. perluasan liputan atau peluasan liputan? Sekian terima kasih.1. turun naik
2. Peluasan bermaksud perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas, manakala perluasan ialah hasil daripada perbuatan memperluas.
Ejaan28.01.2015
Mana yang betul? Projek Peluasan Kampong atau Perluasan Kampong?Yang betul ialah projek peluasan kampung.Ejaan05.08.2010
saya ingin mendapatkan maklumat tentang tajuk perubahan makna dari segi semantik dari aspek perluasan,penyempitan, dan hubungan makna dengan kebudayaan . sekain.terima kasih.Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan dibuat di perpustakaan di tempat saudara atau saudara boleh menghubungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau melayari Pustaka Digital dalam Laman DBP.   Lain-lain31.07.2008
huraikan perubahan makna yang berlaku pada leksikal 'mohon',dan leksikal 'saujana, '. kaitkan perbincangan dengan konsep semantik seperti perluasan makna, penyempitan makna,sintagmatik,paraigmatik, kolokasi, konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan.Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk buku yang berkaitan. Terima kasih.Tatabahasa07.08.2008
123

Kembali ke atas