Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lu.cu.tan] | ڤرلوچوتن

Definisi : pelucutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlucutan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin menanya apakah perkataaan yang sesuai digunakan untuk menjelaskan istilah "deprivation" dalam bahasa inggeris? Adakah ia bermaksud kelucutan?

Terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk deprivation, iaitu perlucutan (bidang Undang-Undang, Psikologi), penafian (bidang Psikologi, Geografi) dan deprivasi (bidang Psikologi, Sosiologi, Perubatan, Pendidikan). Oleh itu, padanan yang sesuai bergantung pada konteks penggunaannya.

Istilah12.01.2011
mohon pandangan berhubung pembetulan ejaan berikut (1) lucut hak @ lucuthak (2) ⁠⁠⁠Melucuthakkan (3) ⁠⁠⁠pelucuthakan (4) dilucuthak terima kasihEjaan dan frasa yang tepat:

1. lucut hak
2. melucutkan hak
3. perlucutan hak
4. dilucutkan hak
Ejaan17.01.2017
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan untuk perkataan 'deprivation', 'adverse outcomes', 'control problem' dan 'interaction avoidance'? (2) Saya berharap sangat agar pihak DBP memberikan cadangan jawapan ini. Saya sangat meminta jasa baik dari pihak Tuan?Puan. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi "deprivation" ialah penafian atau perlucutan. "Adverse outcomes" pula boleh diterjemahkan sebagai kesan buruk, manakala "control problem" boleh diterjemahkan sebagai masalah terkawal. Kami juga mencadangkan "interaction avoidance" diterjemahkan sebagai pengelakan interaksi. Untuk makluman, padanan perkataan atau istilah ini bergantung pada konteks atau konsep penggunaan ayat mengikut bidang tertentu.Istilah15.09.2020
Assalammualaikum tuan, Saya Tarmizi daripada Lembaga Getah Malaysia ingin memohon bantuan untuk mendapatkan ayat yang lebih sesuai diantara ayat dibawah:- 1)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun. 2)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun dan menuntut semula barang-barang yang disita. 3)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari selepas permohonan menuntut semula barang-barang disita oleh OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun. Saya memohon kerjasama tuan untuk mendapatkan ayat yang lebih tepat antara ketiga-tiga diatas atau jika tuan mempunyai pandangan lain juga dialu-alukan. terima kasih.Jika ayat yang ditanya tidak dipetik daripada mana-mana sumber perundangan, cadangan kami: Memohon perlucutan hak di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS bagi menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun.
 
Tatabahasa03.08.2012

Kembali ke atas