Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lum.ba.an] | ڤرلومباءن

Definisi : 1. perlawanan kecepatan (ber­lari, berperahu, dll), lumba: ~ lari 100 meter; ~ perahu; 2. tempat berlumba; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lum.ba.an] | ڤرلومباءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal berlumba: ~ jalan kaki. 2 tempat (gelanggang) berlumba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumba (kata nama)
Bersinonim dengan perlawanan, peraduan, pertandingan;,
Kata Terbitan : berlumba-lumba, berlumba-lumbaan, memperlumbakan, perlumbaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLUMBAAN MOTOBOT

Perlumbaan motobot ialah sukan yang menarik

dan banyak persaingan. Perlumbaan ini diadakan

untuk menguji prestasi motobot dan kemahiran

pemandunya. Setiap tahun, beribu-ribu orang

bertanding dalam pelbagai perlumbaan motobot.

Kategori perlumbaan berdasarkan faktor seperti saiz

bot, bentuk badan bot serta lokasi dan kekuatan enjin

bot.

UMUM 
PERLUMBAAN LEBUH RAYAAcara lari jarak jauh sejauh 26 batu, 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik zaman Greek Purba.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
PERLUMBAAN KERETA BRIGHTON

Perlumbaan Kereta Brighton ialah

perlumbaan kereta-kereta lama dari London ke

Brighton . Semua kereta ini dibuat sebelum tahun

1905.

UMUM 
PERLUMBAAN

Perlumbaan ialah pertandingan kelajuan. Orang

bertanding dalam acara lumba lari, renang dan

berjalan kaki. Sukan seperti lumba kuda dan lumba

kereta melibatkan manusia yang menunggang

haiwan atau mengendalikan mesin. Haiwan terlatih

juga bertanding antara satu sama lain dalam lumba

anjing dan merpati. Sesetengah perlumbaan

merupakan antara sukan yang paling popular di

dunia, menarik berjuta-juta penonton setiap tahun. Di

samping penonton yang menghadiri perlumbaan

utama, ramai lagi yang mengikutinya di kaca

televisyen.

UMUM 
PIALA MELBOURNE

Piala Melbourne ialah acara lumba kuda yang

paling masyhur dalam kalendar perlumbaan

Australia atau New Zealand. Perlumbaan ini

merupakan acara handikap sejauh 3.2 kilometer di

Balapan Flemington Melbourne pada hari Selasa

pertama bulan November. Perlumbaan itu

disiarkan melalui radio dan televisyen. Penduduk

Melbourne mendapat cuti awam pada hari

perlumbaan tersebut.

UMUM 
PERLUMBAAN MERPATI

Perlumbaan merpati ialah sejenis sukan yang

menguji kelajuan burung merpati rumah terbang

untuk sampai ke rumahnya ketika dilepaskan pada

satu jarak yang ditetapkan. Merpati rumah ialah

burung yang dilatih khusus untuk kembali semula ke

petak sarang pemiliknya yang disebut para . Merpati

yang mengambil bahagian berlumba terbang pada

jarak yang telah digredkan antara 100 hingga 1600

kilometer.

UMUM 
PERLUMBAAN FORMULA SATU

Perlumbaan Formula Satu lihat Kereta (Lumba

kereta).

UMUM 
PERLUMBAAN KAPAL LAYAR SYDNEY-HOBART

Perlumbaan kapal layar Sydney-Hobart

ialah salah satu pertandingan laut yang klasik di

dunia. Ia bermula di Sydney pada Boxing Day , 26

UMUM 
MERENTAS DESA

Merentas desa ialah perlumbaan jarak jauh.

Tidak seperti perlumbaan trek dan padang,

pertandingan merentas desa tidak dijalankan di

atas trek. Pelumba biasanya berlumba merentasi

padang atau padang golf dan sering kali juga

melalui hutan dan bukit.

UMUM 
DE PALMA, RALPH

De Palma, Ralph (1883–1956) ialah perintis

perlumbaan kereta lumba Amerika. Pada tahun

1915, dia memenangi perlumbaan 805 kilometer

Indianapolis Speedway dan menyandang gelaran

pemandu kebangsaan pada tahun 1912 dan

tahun 1914

UMUM 
123

Kembali ke atas