Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl teman bermain, orang yg me­nyukakan hati orang lain (dlm istana dll): kanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai istana hamba; maka ada seorang budak bongkok ~ mandudari, maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permain


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apabila perkataan 'main' ditambah dengan imbuhan, yang manakah ejaan yang betul - permainan atau pemainan, permain atau pemain? Setahu saya, ejaan yang betul ialah 'permainan' dan 'pemain'. Kenapa ada 'per-' dan 'pe-' apabila perkataann 'main' ditambah dengan imbuhan? Terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah permainan. Setiap perkataan boleh menerima beberapa jenis awalan seperti pe- (pemain) dan ber- (bermain) dan juga apitanseperti me-...-kan (memainkan) dan per-...-an (permainan) selagi ia sesuai dengan fungsi penggunaannya dalam ayat. Terdapat prinsip yang telah ditetapkan dalam penggunaan awalan dan apitan, untuk lebih memahaminya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa22.10.2015
apakah maksud pertandingan bola sepak tujuh sebelahPertandingan bole sepak tujuh sebelah merupakan salah satu jenis permain bola sepak.  Sila hubungi pihak yang arif mengenai sukan tersebut seperti  Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut.Tatabahasa30.10.2012
Adakah ayat "Pemain itu sangat handal sekali." betul? Ayat ini ada dua kata penguat.Pemain itu handal sekali ; atau Permain itu sangat handal.Tatabahasa08.05.2008

Kembali ke atas