Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mas.a.la.han] | ڤرمسئلهن

Definisi : sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah, (pelbagai) masalah, per­soalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi mem-buka jalan kpd pembaca utk mengenali per-istiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mas.a.la.han] | ڤرمسئلهن

Definisi : yg menjadi masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permasalahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan PERMASALAHAN wujud dalam kamus bahasa? Adakah ayat saya yang menggunakan perkataan PERMASALAH DIBAWAH INI BETUL? "Saya akan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul akibat daripada tindakan yang telah diambil semalam".Penggunaan kata 'permasalahan' dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul. Makna permasalahan ialah sesuatu atau segala-gala yang menjadi masalah ; persoalan.Tatabahasa11.03.2008
Boleh saya tahu adakah perkataan atau pengunaan "permasalahan" itu betul?Permasalahan bermaksud pelbagai masalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa21.09.2012
apakah permasalahan sintaksis yang dapat dibincangkan dalam struktur ayat bahasa Melayu? selain itu juga permasalahan sintaksis yang terdapat dalam dialek seperti dialek kedah, terengganu dan dialek lain.Menurut Kamus Dewan, sintaksis merupakan bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. bagi membantu saudara menjawab permasalahan di atas, saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku sintaksis bahasa Melayu atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM) atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan bahan carian dapat diperoleh melalui laman tersebut.Tatabahasa07.08.2007
ASALAMUALAIKUM. PERMASALAHAN DALAM AYAT YANG DIBUAT. CONTOH (AMIR TIDAK MEMPUNYAI ABANG DAN KAKAK. DIA MERUPAKAN ANAK TUNGGAL) JAWAPANNYA ANTARA BETUL DAN SALAH. SAYA MEMILIH (BETUL). NAMUN BEGITU, TERDAPAT KERAGUAN YANG MEMBOLEHKAN JAWAPAN SALAH JUGA BOLEH DITERIMA. JADI SAYA INGINKAN PENDAPAT YANG BOLEH SAYA JELASKAN KEPADA ORANG YANG BERKENAAN. SEGALA KERJASAMA AMAT DIHARGAI.

Anak tunggal ialah anak yang seorang sahaja, iaitu tidak mempunyai adik-beradik. Contoh yang diberikan belum tentu anak tunggal kerana Amir tidak mempunyai abang dan kakak tetapi mungkin mempunyai adik.

Lain-lain23.03.2009
Salam 1Malaysia, Permasalahan yang sebenarnya ialah mengambil berat tentang atau terhadap. Ada munsyi bahasa menyatakan bahawa mengambil berat tentang sesuatu manakala mengambil berat terhadap seseorang. Adakah konsep ini boleh diguna pakai? Seperkara lagi, adakah kata sendi ke atas sesuai digunakan selepas frasa mengambil tindakan dan mengenakan hukuman? Harap jelaskan. Sekian. KAY SEVENMaklumat tentang penggunaan kata 'tentang' dan 'terhadap' adalah betul. Untuk lebih memahami 'tentang' ialah kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Frasa ke atas digunakan bagi merujuk kedudukan di atas. Berdasarkan contoh ayat yang diberi penggunaan kata yang lebih gramatis ialah 'mengenakan hukuman terhadap'.Tatabahasa22.07.2011
SAYA NAK TANYA TENTANG PERKATAAN 'PROBLEM POSING' DALAM BAHASA MELAYU. PERKATAAN INI BIASANYA DIGUNAKAN DALAM KAJIAN...... ADA YANG GUNA : MENJANA MASALAH MEMBINA MASALAH MENGUTARAKAN MASALAH 'PROBLEM POSING IN MATHEMATICS' JIKA DI ALIHBAHASAKAN KEPADA BAHASA MELAYU............ MOHON PENCERAHAN DARIPADA PIHAK DBP TERIMA KASIH BANYK2Berdasarkan carian di internet, kami berpendapat frasa "problem posing" boleh diterjemahkan kepada mendedahkan permasalahan/mengetengahkan permasalahan/mengutarakan permasalahan bergantung pada konteks ayat dan bidang penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan15.05.2014
Salam hormat. Mohon untuk saya dapatkan pencerahan berhubung penggunaan perkataan MASALAH dan PERMASALAHAN. Apakah beza kedua-dua perkataan tersebut dan adakah kedua-duanya membawa pengertian/maksud yang berbeza? Terima kasih.
Beza antara perkataan 'masalah' dan 'permasalahan':
Masalah bermaksud sesuatu yang memerlukan penye­lesaian, perkara atau keadaan yang menimbul­kan kesukaran (kesulitan).
Permasalahan pula bermaksud sesuatu atau segala-gala yang menjadi masalah, (pelbagai) masalah, per­soalan.
Makna13.07.2018
Salam 1Malaysia, Antara permasalahan tatabahasa dalam bahasa Melayu yang mengelirukan saya ialah kata sendiKata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada dan kepada. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas dan fungsi yang berlainan dan penggunannya ditentukan oleh peraturan yang khusus. Contohnya, kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265-286.Tatabahasa20.07.2011
Gangguan dalam penggunaan bahasa dan permasalahan dalam pertembungan bahasa

Sila rujuk bahan dibawah :

1.

Gangguan bahasa dan model bahasaAbdul Aziz Abdul TalibPelita Bahasa 01/11/1990

Bahasa Melayu di Malaysia: satu tinjauan tentang perkembangan danmasalahnyaAwang SariyanDewan Bahasa 01/04/1987

Lain-lain07.08.2008
Salam Harap tuan dapat menjelaskan enam permasalahan di bawah. 1) Apakah perbezaan antara `kami' dan `kita' 2) Apakah perbezaan penggunaan imbuhan memper... dan memper...kan. 3) Perbezaan antara `untuk' dan `bagi' 4) Mengapa perkataan `pelaksanaan' tidak dieja sebagai `perlaksanaan' 5) Mana yang betul, ejaan `ketidak adilan' atau `ketidakadilan' 6) Dalam penulisan, angka perlu ditulis dalam bentuk nombor atau perkataan (contoh: 10,000 atau sepuluh ribu) Sekian, terima kasih Izani b. Hj. Daud

1. Kami merujuk kepada saya sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua), manakala kita merujuk kepada kata ganti bagi diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya).

2. Awalan memper- boleh bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk membentuk kata kerja transitif aktif, manakala apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kerja untuk membentuk kata kerja transitif. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 177 dan 208.

3. Kata sendi nama untuk dan bagi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Tetapi untuk maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, kata untuk tidak boleh bertukar ganti dengan kata bagi. Rujuk halaman 276, Tatabahasa Dewan.

4. Merujuk Kamus Dewan pelaksanaan ialah perihal melaksanakan, manakala perlaksanaan ialah hasil daripada melaksanakan.

5. Ejaan yang betul ialah ketidakadilan.

6. Nombor kosong hingga sembilan hendaklah dieja, manakala nombor 10 dan ke atas ditulis dalam bentuk angka.

Tatabahasa04.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas