Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.min.ta.an] | ڤرمينتاءن

Definisi : 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.min.ta.an] | ڤرمينتاءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Ambil galah jolok kedondong,
     Galah patah menimpa dahan;
Bukannya salah ibu mengandung,
     Sudah nasib permintaan badan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lidah terkalang.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah terganjal).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
selective demandpermintaan terpilihKomunikasiKorporatJenis permintaan terhadap barangan berasaskan jenama dan bukannya kelompok. Arah aliran permintaan terhadap jenama boleh berubah berdasarkan keadaan pasaran yang mudah dipengaruhi oleh gaya kehidupan dan cita rasa pengguna. Maklumat mengenai permintaan terpilih penting bagi pengeluar merancang barangan baru untuk memenuhi permintaan pengguna. Pengguna berkuasa menentukan permintaan terhadap jenama barangan. Selain itu, kekuatan pengaruh jenama dalam pasaran turut ditentukan oleh skala promosi dan pengiklanan. Permintaan terpilih dikenali juga sebagai permintaan sekunder dan bukannya permintaan primer.
dependent demandpermintaan bersandarPentadbiranTiadaTahap permintaan yang bergantung kepada permintaan barangan berkaitan.
primary demand/ generic demandpermintaan asasKomunikasiKorporatJenis permintaan terhadap barangan berasaskan kelompok dan bukannya jenama. Jenis permintaan terhadap kelompok barangan boleh berubah disebabkan oleh pengaruh ekonomi, politik, teknologi, dan persekitaran sosiobudaya. Kelompok barangan boleh terbentuk berasaskan ciri pengeluaran barangan. Contohnya, barangan yang berasaskan sistem mekanikal berbanding barangan yang berasaskan ciri elektronik (digital atau analog), barangan berasaskan organik berbanding barangan berasaskan bahan kimia, dan barangan berasaskan seramik berbanding barangan plastik. Penjenisan permintaan bagi kelompok barangan dilakukan untuk menentukan andaian arah aliran pasaran semasa dan akan datang. Perubahan permintaan keseluruhan biasanya berlaku disebabkan oleh kemajuan teknologi. Contohnya, pada tiga suku terakhir abad ke-20, permintaan terhadap barangan berasaskan sistem digital meningkat berbanding barangan berasaskan mekanikal. Permintaan asas dikenali juga sebagai permintaan generik.
independent demandpermintaan tak bersandarPentadbiranTiadaPermintaan yang tidak bergantung kepada permintaan barangan lain.
diversity factorfaktor kepelbagaianTeknikElektrikNisbah jumlah permintaan maksimum individu terhadap permintaan maksimum keseluruhan, bagi sesuatu jenis beban atau kabel.
maximum demandpermintaan maksimumTeknikElektrikKuasa maksimum yang digunakan oleh pengguna. Kuasa ini dicatatkan oleh meter permintaan maksimum. Kadar bayaran yang dikenakan pada pengguna berkuasa besar, seperti kilang, mengikut kadar permintaan maksimum, di samping kadar harian.
current demandpermintaan arusTeknikElektrik1. Kadar arus minimum yang diperlukan oleh sesuatu beban atau litar akhir bekalan arus ulang-alik. Permintaan arus, I, dapat ditentukan dengan membahagikan kuasa dalam watt beban, W, dengan voltan bekalan, V, iaitu diberikan dalam formula: Dengan mengetahui permintaan arus, saiz kabel dan kadar pelindung arus lebih dapat dikira. 2. Banyaknya kuasa yang perlu dibekalkan pada sesuatu masa.
kinked demandpermintaan terpatahEkonomiTiadaPermintaan yang tidak bersambungan bagi firma oligopoli kerana pesaing-pesaing akan bertindak mengikuti harganya jika turun dan tidak apabila harganya naik.
probabilistic demandpermintaan berkebarangkalianPentadbiranTiadaPermintaan dalam model inventori yang mana kebarangkaliannya boleh ditentukan.
annual demandpermintaan tahunanPentadbiranTiadaKeperluan permintaan untuk satu tahun.
12345678910...

Kembali ke atas