Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mit] | ڤرميت

Definisi : dokumen rasmi (atau kebenaran ber­tulis) drpd pihak berkuasa yg memberi seseorang hak utk melakukan sesuatu: rumah-rumah yg hendak dirobohkan itu telah didirikan dgn tidak ada ~ kerajaan; berpermit ada permitnya, mempunyai per­mit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mit] | ڤرميت

Definisi : 1 surat kebenaran utk melakukan sesuatu dll. 2 kebenaran utk melakukan sesuatu; keizinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pemohonan Permit untuk lain lentang dari pihak Tuan. Sila rujuk lampiran.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain09.11.2016
Utk mohon permit bannerUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman www.dbpsahbahasa.my. Sila lengkapkan daftar akaun pelanggan dan klik daftar iklan.Lain-lain03.10.2017
Syarikat kami ingin memohon permit kelulusan pengambilan/pengeluaran air panas untuk tujuan perniagaan kesihatan kepada orang ramai. Kami telah berdaftar di Lemgaba Urus Air Selangor (LUAS). Syarikat berkhaskan pada MDHS untuk meluluskan membudayakan Bahasa pada penasihat Dewan Bahasa Dan PustakaPertanyaan daripada pihak tuan kurang difahami oleh pihak kami.
Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Lain-lain18.06.2017
Kami ingin memohon lesen atau permit kain rentang di hadapan premis perniagaan, justeru Pihak Berkuasa Tempatan memerlukan semakan penggunaan bahasa oleh DBP. Sekian Terima Kasih.Sila buat permohonan pengesahan iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/Lain-lain10.12.2017
TUAN/PUAN, PERMOHONAN SEMAKAN BAHASA UNTUK BANNER KEGUNAAN PEJABAT UNTUK PERMIT GEGANTUNG MPAJ. CONTOH VISUAL SEPERTI LAMPIRAN. TERIMA KASIH.Untuk mendapat sijil pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain07.04.2015
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan kelulusan untuk papan tanda iklan bagi permohosan lesen permit perniagaan.Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEJABAT URUSAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Sila terjemahkan slogan atau buat dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Mohon letakkan tanda titik bagi perkataan Sdn. Bhd.

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak
Lain-lain26.01.2022
SAYA INGIN MENDAPATKAN SIJIL PENGGUNAAAN BAHASA MALAYSIA UNTUK BROSUR YANG DILAMPIRKAN BAGI PERMOHONAN PERMIT IKLAN KPKT

Sila layari laman web  dbpsahbahasa.my untuk memohon pengesahan bahasa papan iklan.  Tuan boleh mengikut panduan untuk memohon yang terdapat pada laman web tersebut.  Terima kasih.

Lain-lain31.05.2022
Sila Lihat Lampiran Permohonan untuk kelulusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum meminta permit untuk banting dari MPSJ Saya akan menghantar lagi satu lampiran melalui emel pertanyaan seterusnya Sila hubungi saya di 0122876023 sekiranya perlu untuk penjelasan lanjut.Untuk pengesahan tentang iklan sila layari laman web melalui http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Lain-lain17.08.2016
Saya ingin mendapatkan pengesahan bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka bagi tujuan kelulusan permit iklan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam,Untuk pengesahan iklan, sila layari www.prpm.dbp.gov.my , klik e-perkhidmatan dan klik khidmat pengesahan bahasa (bukan khidmat nasihat bahasa). Pembetulan yang perlu dibuat ialah: tukar "@" kepada di , tukar "Yang" kepada yang Lain-lain02.06.2014
Sila Lihat Lampiran 2 Permohonan untuk kelulusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum meminta permit untuk banting dari MPSJ. Sila hubungi saya di 0122876023 sekiranya perlu untuk penjelasan lanjut.untuk pengesahan iklan sila layari laman web melalui http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Lain-lain17.08.2016
123

Kembali ke atas