Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mu.la.an] | ڤرمولاءن

Definisi : 1. awal, yg awal (pertama) se­kali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata penda­huluan: penyiasatan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mu.la.an] | ڤرمولاءن

Definisi : 1 yg awal atau yg pertama sekali: Pd ~ perlumbaan itu, mereka semuanya berlari dgn laju. 2 asas atau pokok; dasar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Peribahasa

Bolehkan digabus sebelum diasah?

Bermaksud :

Sesuatu pelajaran hendaklah dimulai dari permulaan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Permulaan ayat “Adalah dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara diatas”Ayat yang betul ialah 'Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.Tatabahasa30.07.2018
permulaan ayat membuat karangan, perkataan mana yang tidak boleh digunakan?Tidak ada satu terbitan khusus yang membicarakan tentang perkataan yang tidak boleh ada pada pangkal ayat. Untuk menghasilkan binaan ayat yang baik sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, lihat Bab Ayat. Ayat mengandungi subjek dan predikat dan dalam bentuk ayat biasa subjek berada di pangkal ayat. Subjek terdiri daripada Kata Nama/Frasa Nama. Oleh itu, semua kata nama boleh menjadi subjek atau dan berada pada pangkal ayat. Dan penanda wacana juga boleh berada pada pangkal ayat.Tatabahasa23.09.2012
adakah terjemahan "Mesyuarat Permulaan" sesuai digunakan untuk 'kick-off meeting' bagi menyuarat kali pertama atau mesyuarat permulaan bagi sesuatu projek?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud kick-off ialah tendang mula atau permulaan perlawanan dalam bidang sukan. Walaubagaimanapun cadangan terjemahan yang sesuai bagi kick-off meeting ialah mesyuarat permulaan.Makna09.01.2020
Panduan penggunaan huruf besar bagi kata nama khas yang tekiniHuruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa21.04.2014
Kebiasaannya, perkataan 'selain itu' dan 'oleh itu' digunakan pada permulaan ayat. Adakah ini penggunaan yang betul? Bagaimana pula dengan perkataan 'untuk' dan 'bagi'? Adakah boleh digunakan di permulaan ayat?
Perkataan "selain itu" dan "oleh itu" boleh digunakan pada permulaan ayat.

Perkataan "bagi" dan "untuk" boleh digunakan pada  permulaan ayat .
Contoh:
 1. Untuk siapakah hadiah itu?
2. Bagi kesejahteraan rakyat, dasar baharu itu dilaksanakan.
Istilah22.04.2014
salam, boleh tidak menggunanakan perkataan "antara" pada permulaan ayat?Antara boleh hadir pada permulaan ayat. Walau bagaimanpun saudara perlu berhati-hati apabila menggunakan perkataan antara pada permulaan ayat, tidak boleh diikuti oleh kata ganda seperti Antara isu-isu yang dibincangkan..., sebaliknya yang betul ialah Antara isu yang dibincangkan.... Tatabahasa02.03.2012
cuma nak kepastian. perkataan "untuk" boleh ke digunakan sebagai permulaan ayat?. 'dengan itu' boleh ke digunakan di permulaan ayat?Kata "untuk" dan "dengan itu" boleh digunakan pada permulaan ayat dalam konteks ayat songsang, iaitu apabila susunan frasa predikat mendahului frasa subjek. Untuk keterangan lanjut, saudari boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa14.11.2006
saya ingin tahu tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayat.Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa24.03.2013
Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayatHuruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa24.03.2013
Mohon pencerahan berkenaan singkatan nama sesebuah agensi di permulaan ayat. sebagai contoh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah disebut di perenggan sebelumnya. Bagaimanapun,bagi perenggan seterusnya, di permulaan ayat, perlu untuk menulis sebagai nama penuh Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah benar? Atau memadai dengan DBP sahaja di permulaan ayat tersebut.Jika telah ditulis Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di permulaan ayat atau perenggan, dalam ayat atau perenggan seterusnya, memadai jika menggunakan singkatan DBP sahaja.Lain-lain27.09.2018
12345678910...

Kembali ke atas