Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mu.la.an] | ڤرمولاءن

Definisi : 1. awal, yg awal (pertama) se­kali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata penda­huluan: penyiasatan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mu.la.an] | ڤرمولاءن

Definisi : 1 yg awal atau yg pertama sekali: Pd ~ perlumbaan itu, mereka semuanya berlari dgn laju. 2 asas atau pokok; dasar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Peribahasa

Bolehkan digabus sebelum diasah?

Bermaksud :

Sesuatu pelajaran hendaklah dimulai dari permulaan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZAMAN PRASEJARAHLebih dikaitkan dengan zaman permulaan kehidupan terawal mahkluk dunia termasuklah mansuia dan haiwan.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
VOODOSalah satu kepercayaan tertua di dunia yang bertapak di Afrika semenjak permulaan tamadun manusia.AGAMAKepercayaan
QUARTER DAYS

Quarter days adalah empat hari yang setiap

satunya menandai permulaan suku pertama dalam

setahun. Secara tradisinya, hari ini dianggap

sebagai hari untuk menyelesaikan hutang tertentu,

yang mesti dijelaskan dalam bentuk ansuran dalam

tempoh suku tahun, seperti bil elektrik, gas, dan bil

telefon.

UMUM 
SURAH-SURAH AL-QUR'AN

Surah-surah al-Qur’an, kumpulan ayat yang

terdapat dalam al-Qur’an. Ia mempunyai permulaan

dan pengakhiran yang khusus bahkan terputus dari

surah yang sebelumnya. Semua surah dimulakan

dengan bacaan Bismillah kecuali surah al-Tawbah.

Perkataan ‘surah’ sebenarnya diambil daripada

perkataan suwar. Perkataan suwar pula bermaksud

pagar kota. Perkataan suwar juga kata jamak untuk

perkataan surah.

UMUM 
PALM SUNDAY

Palm Sunday ialah hari Ahad yang jatuh sebelum

Hari Paskah dan ia menandakan permulaan Minggu

Suci dalam takwim Kristian.

UMUM 
SLOAN, SIR HANS

Sloan, Sir Hans (1660 –1753) ialah doktor dan

ahli botani kelahiran Ireland. Koleksi dan

perpustakaan peribadinya menjadi bahan

permulaan British Museum. Sloan mengumpul

tumbuh-tumbuhan sepanjang hayatnya. Tumbuh-tumbuhan

yang diambil dari Jamaica pada tahun

1687 dan 1688 merupakan tanaman pertama yang

dibawa ke Britain dari Hindia Barat. Sloan

menggantikan Sir Isaac Newton sebagai Presiden

Royal Society. Sloan lahir di Killyleagh, kaunti

Down. Dia menjadi baron pada tahun 1716.

UMUM 
SYAWAL

Syawal ialah bulan ke-10 mengikut

takwim Hijrah yang digunakan di sesetengah

negara Islam. Bulan Syawal adalah selepas bulan

Ramadan dan merupakan bulan permulaan bagi

mengerjakan haji yang bermula dari 1 Syawal

hingga ke-10 Zulhijah. Ia mendapat nama pada

zaman datuk Nabi Muhammad s.a.w. yang kelima,

iaitu Kilab ibn Murrah kira-kira pada tahun 412 M.

UMUM 
ROSH HA-SHANAH

Rosh Ha-Shanah ialah perayaan Tahun Baru

orang Yahudi. Perkataan Hebrew Rosh Ha-Shanah

(juga ditulis Rosh Hashanah ) bermakna Permulaan

Tahun.

UMUM 
PERUNTUKAN DIRAJA

Peruntukan Diraja ialah akaun kewangan

negara yang membiayai perbelanjaan

pemerintahan beraja dan keluarga diraja di United

Kingdom. Jumlahnya telah ditetapkan oleh

Parlimen pada setiap permulaan raja memerintah.

Sebagai balasan, exchequer menerima bayaran

cukai tahunan daripada sebahagian tanah yang

dimiliki oleh raja tersebut. Di bawah Akta

Peruntukan Diraja 1975, perbendaharaan boleh

menambahkan jumlah pembiayaan setiap tahun

untuk menampung kos yang semakin meningkat.

UMUM 
AHMAD SHAWQIY

Ahmad Shawqiy (1258 H.–1351 H./1842 M.–

1932 M.) ialah penyair Arab moden. Ahmad Shawqiy

mempelajari syair daripada tokoh silam syair Arab

abad ke-19 dan permulaan abad ke-20. Dia lahir di

Kaherah dan berasal daripada keluarga kacukan

Arab, Kurdis, Turki, Sharkasi dan Yunan. Dia

dibesarkan dalam kehidupan mewah dan selesa

kerana mempunyai hubungan kekeluargaan dengan

keluarga al-Khudiwiy Isma‘il dan keturunan al-

Khudiwiy.

UMUM 
12345

Kembali ke atas