pernafasan | breathing | Proses pengambilan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida melalui organ tertentu. Contohnya, paru-paru, kulit, trakea atau insang. | Menengah Rendah |
organ pernafasan | breathing organ | Organ yang terdiri daripada rongga mulut atau hidung, trakea dan peparu, yang berfungsi untuk pertukaran gas semasa pernafasan. | Sekolah Rendah |
bernafas | breathe | Menyedut dan menghembus udara melalui organ pernafasan seperti peparu, insang, kulit lembap dan liang pernafasan. | Sekolah Rendah |
mekanisme pernafasan | breathing mechanism | Mekanisme pertukaran gas oleh badan yang melibatkan kemasukan oksigen dari atmosfera ke dalam paru-paru dan pembebasan karbon dioksida dari paru-paru ke atmosfera. Mekanisme ini melibatkan penyedutan dan penghembusan udara keluar dari badan. | Menengah Rendah |
insang | gill | Organ pernafasan bagi haiwan akuatik khususnya ikan dan berudu. Bagi tumbuhan seperti cendawan, insang merupakan struktur bermembran yang pipih dan lebar. | Menengah Rendah |
peparu | lung | Organ pernafasan dalam badan manusia dan sesetengah haiwan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
paru-paru | lungs | Organ pernafasan vertebrat. Organ ini mengandungi banyak alveolus yang menjadi tempat proses pertukaran gas. Paru-paru dikenali juga sebagai peparu. | Menengah Rendah |
selesema | flu | Penyakit yang menjangkiti bahagian atas salur pernafasan disebabkan oleh virus. Selesema biasanya diiringi oleh mata dan hidung berair. | Sekolah Rendah |
influenza | influenza | Penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pernafasan yang teruk. Antara ciri-ciri influenza ialah demam, menggigil, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan batuk yang teruk. Influenza dikenali juga sebagai flu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
asma | asthma | Penyakit gangguan paru-paru yang dicirikan oleh pernafasan yang pendek dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. Asma berpunca daripada alahan. | Menengah Rendah |