Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.nia.ga.an] | ڤرنياݢاءن

Definisi : perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.nia.ga.an] | ڤرنياݢاءن

Definisi : urusan berjual beli utk mencari keuntungan; perdagangan: ~ syarikat itu makin sehari makin besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,

Peribahasa

Tinggal kelopak salak.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kain sehelai sepinggang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud " perniagaan huluan dan perniagaan hiliran"? Contoh ayat: membantu mewujudkan industri sokongan dan sampingan dengan membangunkan perniagaan huluan dan perniagaan hiliran
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan "hiliran" bermaksud industri, projek, aktiviti dan sebagainya yang berkembang daripada kegiatan utama. Oleh itu, "perniagaan hiliran" merupakan aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan yang lain, contohnya pembuatan kereta telah mewujudkan perniagaan hiliran, iaitu servis dan penjualan kereta.

Perkataan "huluan" pula bermaksud industri, projek dan sebagainya yang mula-mula diusahakan, dilaksanakan dan sebagainya sebelum sesuatu kegiatan utama. Oleh itu, "perniagaan huluan" merupakan perniagaan teras yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi. Perniagaan ini biasanya melibatkan aktiviti perniagaan yang berasaskan semula jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain-lain.
Makna31.12.2021
apakah skop perniagaan dan objektif perniagaan? ulasan sukatan pembelajaran yang menjurus kepada bidang perniagaanPerniagaan ialah proses jual-beli antara dua pihak atau lebih. Objektif perniagaan umumnya ialah mendapatkan keuntungan, di samping memenuhi keperluan asas yang lain, serta sumbangan sosial. Berkenaan dengan sukatan perniagaan, sila berhubung dengan Fakulti Perniagaan di pusat pengajian tinggi.Makna14.02.2007
Semakan untuk iklan papan tanda perniagaan Nama Perniagaan : MOSKI ENTERPRISE Bidang perniagaan : Menyediakan Perkhidmatan Sewaan Kenderaan, Van, Bas & Bot Persiaran

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Lain-lain13.08.2019
Apakah maksud pemilikan entiti perniagaan?Pemilikan entiti perniagaan ialah perniagaan yang dimiliki secara Milikan Tunggal, Perkongsian, Syarikat Persendirian Awam Berhad atau Koperasi yang mempunyai kewujudan dan fungsi yang tersendiri.Lain-lain21.11.2021
Mohon bantuan sekiranya ada istilah atau terjemahan yang lebih baik untuk perkataan berikut: Business adjacencies - Perniagaan Berhampiran ? Dalam konteks perniagaan/inovasiBagi konteks perniagaan/inovasi, business adjacencies merujuk kepada adjacent business, iaitu perniagaan bersebelahan; perniagaan dampingan.

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain26.06.2021
Apakah terjemahan yang tepat untuk 'World Confederation of Businesses' sama ada, 'Gabungan Perniagaan Sedunia' atau 'Gabungan Dunia Perniagaan' atau terjemahan lain yang lebih tepat. Juga, tepatkah 'World Business Leader Award' diterjemahkan sebagai 'Anugerah Pemimpin Perniagaan Sedunia/Dunia' dan 'World Leader Businessperson Award' sebagai 'Anugerah Ahli Perniagaan Pemimpin Sedunia/Dunia'. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.1. Terjemahan yang tepat untuk "World Confederation of Businesses"  ialah Gabungan Perniagaan Sedunia.

2. "World Business Leader Award" diterjemahkan sebagai Anugerah Tokoh Perniagaan Sedunia.

3. "World Leader Businessperson Award" diterjemah  sebagai Anugerah Tokoh Ahli Perniagaan Pemimpin Sedunia.
Penyemakan dan penterjemahan14.03.2018
apakah maksud perniagaan dari badan-badan tertentu, perbezaan usahawan dan peniaga, penerangan tentang jenis-jenis perniagaan, contoh artikel. jurnal serta kajian mengenai penglibatan pelajar dalam bidang perniagaan.Usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, manakala peniaga ialah orang yang berniaga. Bagi maklumat berhubung dengan jenis perniagaan dan sebagainya, sila rujuk perpustakaan negara, institusi pengajian tinggi, persatuan perniagaan dan Kementerian Kewangan (Bank Negara Malaysia).Makna13.02.2007
Salam sejahtera, Apakah tejemahan yang sesuai bagi "Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure"? 1. Prosedur Perjanjian & Perjanjian Semula Rakan Perniagaan 2. Prosedur Pengelibatan & Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan 3. Perjanjian Rakan Perniagaan & Prosedur Perjanjian Semula 4. Lain-lain (sila berikan pendapat anda). Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih sekali lagi.Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure boleh diterjemahkan kepada Prosedur Perjanjian dan Perjanjian Semula Rakan Perniagaan, atau Prosedur Pengelibatan dan Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan, bergantung kepada konteks sebenar penggunaan dan maksud keseluruhan teks. Penterjemah lebih memahami konsep sebenar yang dibincangkan dalam wacana tersebut.Penyemakan dan penterjemahan04.07.2015
saya ingin menyemak bahasa dan ejaan untuk nama perniagaan dan papan tanda bagi memperolehi lesen perniagaan. "Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka"Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan seperti KLINIK HAIWAN atau KLINIK VETERINAR (pilih salah satu) di sebelah atas kiri papan iklan perniagaan. Kemudian letakkan Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka atau di tengah-tegah visual iklan anda. Lain-lain14.08.2018
Salam sejahtera, Yang mana satukah terjemahan yang sesuai bagi "Code of Business Conduct and Ethics"? a) Tatakelakuan dan Etika Perniagaan b) Tatakelakuan Perniagaan dan Etika Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih.Kami mencadangkan "Code of Business Conduct and Ethics" diterjemahkan kepada Tatakelakuan Perniagaan dan Etika.Penyemakan dan penterjemahan01.07.2015
12345678910...

Kembali ke atas