Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.nya.ta.an] | ڤرڽاتاءن

Definisi : 1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ ke­percayaan dan pengetahuan tentang ber­cucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.nya.ta.an] | ڤرڽاتاءن

Definisi : sesuatu yg dinyata­kan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RESIT

Resit ialah pernyataan bertulis tentang

pembayaran yang dilakukan oleh seseorang

kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah

pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang

atau harta yang dipindahkan daripada

pemilikan atau tanggungan seseorang kepada

seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa

sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga

jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian

(apabila sebahagian daripada jumlah penuh

dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu .

UMUM 
SALAH NYATA CUAIPernyataan palsu tentang fakta yang dibuat secara cuai.UNDANG-UNDANGKonsep
TEKA-TEKI

Teka-teki ialah soalan atau pernyataan yang

mengandungi makna yang sengaja disembunyikan.

Teka-teki kini biasanya bertujuan untuk

menyeronokkan. Ia selalunya dalam bentuk

conundrum, iaitu sejenis teka-teki yang bergantung

kepada permainan kata. Contoh teka-teki jenis ini

ialah “Apakah benda yang beroda empat dan dapat

terbang?” Jawapannya ialah “Trak mengangkut

sampah sarap”, yang hanya ada unsur makna apabila

kita sedar bahawa perkataan terbang itu mempunyai

dua maksud.

UMUM 
TEOLOGI

Teologi ialah kajian dan keterangan mengenai

Tuhan ataupun pernyataan mengenai kepercayaan

agama. Perkataan Inggeris theology berasal

daripada perkataan Yunani theos (tuhan) dan logos

(percakapan). Teologi mendalami persoalan

seperti: “Adakah Tuhan wujud? Bagaimanakah sifat

Tuhan? Apakah hubungan Tuhan dengan dunia

dan penghuninya? dan Bagaimana manusia

mengenali atau mengalami kewujudan Tuhan?”

Sesetengah cabang teologi mengamati sejarah

agama atau kajian kitab-kitab. Manakala cabang

teologi yang lain pula mengamati pembelaan

doktrin agama daripada pandangan yang

bertentangan ataupun penerapan doktrin tersebut

dalam kehidupan seharian.

UMUM 
PERJANJIAN

Perjanjian ialah persetujuan formal antara dua

atau lebih kerajaan yang merdeka. Ia biasanya,

dalam bentuk dokumen bertulis tetapi kadangkala

dalam bentuk pernyataan lisan yang dipersetujui

oleh wakil daripada negara-negara yang terlibat.

Sejarah wujudnya perjanjian bermula beratus-

ratus tahun dahulu. Seawal tahun 3000 S.M.,

pemerintah negara-negara purba menandatangani

perjanjian dengan kerajaan-kerajaan jirannya.

Terdapat pelbagai sebab perjanjian ditandatangani.

Sesetengah perjanjian menamatkan peperangan

dan ada juga untuk menyelesaikan pertikaian

sempadan. Sepanjang sejarah dunia, perjanjian

memainkan peranan yang penting dalam

hubungan antara negara.

UMUM 
KETAKSAMAAN

Ketaksamaan, pernyataan yang digunakan untuk membezakan dua atau lebih ungkapan matematik.

MATEMATIKKonsep
SUMPAHSUMPAH, pernyataan yang dilafazkan dengan niat secara rasmi atau dengan tekat sama ada bersaksi kepada Tuhan atau kepada sesuatu yang dianggap suci.BUDAYAKonsep
SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANGSURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG, pernyataan sikap seniman dan budayawan Indonesia mewakili perkumpulan Gelanggang Seniman Merdeka, yang ditubuhkan di Jakarta pada 19 November 1946.  Antara ahli Gelanggang Seniman Merdeka ialah Chairil Anwar, Asrul Sani, Rivai Apin, Sitor Situmorang, Pramoedya Ananta Toer, Mochtar Apin, Baharuddin M.S., Henk Ngatung, dan Basuki Resbowa.  Nama Gelanggang diambil daripada nama rubrik kebudayaan majalah Siasat.  Rubrik ini dikendalikan oleh Asrul Sani, Chairil Anwar dan Rivai Apin.SASTERAKarya
PYRRHUS

Pyrrhus (318? S.M.–272 S.M.) ialah raja Epirus di

Greece . Daripada namanya wujud ungkapan

“Kemenangan Pyrrhic”. Ungkapan ini digunakan

untuk menunjukkan situasi sesuatu kemenangan

yang tidak berbaloi. Ungkapan ini timbul daripada

pernyataan Pyrrhus selepas pertempuran Asculum.

Dalam pertempuran tersebut, dia kehilangan

hampir semua askarnya. Dia berkata, “Satu lagi

kemenangan sebegini maka hancurlah saya.”

UMUM 
MANIFES KEBUDAYAAN

MANIFES KEBUDAYAAN, dokumen kebudayaan. Dokumen ini merupakan pernyataan sikap sejumlah seniman dan budayawan Indonesia, yang pada dasarnya menentang Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) dengan segala aktivitinya. Pernyataan ini disusun oleh Wiratmo Soekito pada 17 Ogos 1963, ditandatangani para pendukungnya di Jakarta pada 23 Ogos 1963, dan dimuat pertama kalinya dalam ruangan kebudayaan akhbar harian Berita Republik, 19 Oktober 1963 dan majalah Sastra, bulan September/Oktober 1963.

SASTERADisiplin Ilmu
12

Kembali ke atas