Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.nya.ta.an] | ڤرڽاتاءن

Definisi : 1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ ke­percayaan dan pengetahuan tentang ber­cucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.nya.ta.an] | ڤرڽاتاءن

Definisi : sesuatu yg dinyata­kan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
argumenthujahMatematikTiadaSekumpulan pernyataan yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama yang dikenali sebagai premis merupakan pernyataan-pernyataan yang diberi (diketahui) dan bahagian kedua merupakan kesimpulan yang menyusul daripada premis. Jika sudut A dan sudut B dalam segi tiga ABC sama, maka AC = BC. [premis] Sudut A dan sudut B dalam segi tiga ABC adalah sama, [premis] Maka, AC = BC. [kesimpulan].
antecedentantejadianMatematikTiadaPernyataan yang mengimplikasikan satu pernyataan lain. Dalam pernyataan majmuk yang berbentuk implikasi “Jika p, maka q”, pernyataan “p” ialah antejadian. Bandingkan akibat. Sinonim hipotesis. Lihat juga implikasi.
hypothesishipotesisMatematikTiada1. Pernyataan yang mengimplikasikan satu pernyataan lain. Dalam pernyataan majmuk yang berbentuk implikasi, iaitu “Jika p maka q”, pernyataan “p” dikenali sebagai hipotesis. 2. Andaian atau anggapan tentang sesuatu perkara, seperti dalam hipotesis statistik.
consequenceakibatMatematikTiadaPernyataan yang diimplikasikan oleh satu pernyataan lain. Dalam pernyataan majmuk yang berbentuk implikasi “Jika p, maka q”, pernyataan “q” ialah akibat. Bandingkan antejadian. Lihat juga implikasi.
contrapositive statementpernyataan kontrapositifMatematikTiadaPernyataan yang merupakan sejenis kebalikan bagi pernyataan yang berbentuk “Jika m, maka n”. Kontrapositif bagi pernyataan “Jika m, maka n” ialah pernyataan “Jika bukan n, maka bukan m”.
self-expressionpernyataan diri-pernyataan kendiriPendidikanTiadaTiada
self-expressionpernyataan diri-pernyataan kendiriPsikologiTiadaTiada
converseakasMatematikTiadaPernyataan yang merupakan sejenis kebalikan bagi pernyataan yang berbentuk “Jika m, maka n”. Akas bagi pernyataan “Jika m, maka n” ialah pernyataan “Jika n, maka m”. Misalnya, “Jika A dan B nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil”. Akasnya ialah “Jika hasil darab A dengan B nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil”. Misalan yang kedua pula ialah “Jika A dan B nombor genap, maka hasil darab A dengan B ialah nombor genap”. Akasnya ialah “Jika hasil darab A dengan B nombor genap, maka A dan B ialah nombor genap” dan ia merupakan pernyataan yang tidak benar. Perhatikan akas sesuatu pernyataan yang benar tidak semestinya benar.
inverse statementpernyataan songsangMatematikTiadaPernyataan yang merupakan sejenis kebalikan bagi pernyataan “Jika m, maka n” ialah pernyataan “Jika bukan m, maka bukan n”.
implicationimplikasiMatematikTiadaPernyataan majmuk yang berbentuk “Jika p, maka q”, dengan p dan q mewakili pernyataan. Dalam implikasi, “Jika p, maka q”, pernyataan “p” dikenali sebagai antejadian atau hipotesis dan pernyataan “q” dikenali sebagai akibat. Contoh: Implikasi Antejadian atau hipotesis Akibat Jika awan mendung, maka semua kedai tutup awan mendung semua kedai tutup Jika segi tiga ABC sama sisi, maka semua sudutnya sama segi tiga ABC sama sisi semua sudutnya sama Jika sudut bagi sisi empat ABCD yang bertentangan adalah sama, maka sisi empat ABCD ialah suatu segi empat tepat sudut bagi sisi empat ABCD yang bertentangan adalah sama sisi tempat ABCD ialah suatu segi empat tepat Perhatikan semua contoh ini berbentuk implikasi, tetapi tidak semuanya pernyataan benar.
12345678910...

Kembali ke atas