Perolehan Kerajaan tidak dibenarkan dibuat secara "pecah kecil" sebut harga / tender. Mohon terjemahan Bahasa Inggeris yang betul bagi ayat di atas. | Untuk makluman, pihak DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau ayat bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan yang sesuai. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381. | Makna | 06.11.2023 |
Merujuk kepada takrif perolehan bermaksud sesuatu yg diperoleh; hasil; pendapatan. Mengapa jabatan yang membeli di sektor kerajaan disebut "Jabatan/Unit Perolehan"? | Jabatan yang membeli di sektor kerajaan disebut "Jabatan/Unit Perolehan" kerana dalam hubungan ini membeli bermaksud perolehan aset atau perkhidmatan kepada kerajaan (merujuk maksud sesuatu yang diperoleh). | Makna | 20.11.2014 |
yang mana satu betol antara : 1. lantikan pegawai baru atau pegawai baharu 2. membuat perolehan baru atau perolehan baharu tq | Menurut data kami perkataan baharu ialah kata adjektif yang lazimnya digunakan bagi padanan new dalam bahasa Melayu seperti buku edisi baharu dan siswazah baharu, dan baru ialah kata bantu. Perkataan baru diterjemah sebagai just lazimnya digunakan seperti dalam konteks dia baru sampai. Walau bagaimanapun, kedua-dua rangkai kata tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 24.04.2019 |
Mohon pencerahan sama ada perkataan "naziran" wujud?, atau hanya nazir sahaja? Naziran perolehan dan kewangan atau Nazir Peolehan dan kewangan atau Lawatan Naziran perolehan dan kewangan atau Lawatan Nazir Peolehan dan kewangan? Sekian, terima kasih. | Perkataan "naziran" terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1525) dengan makna "hasil daripada menazir sesuatu". "Nazir" pula bermaksud "orang yang bertanggungjawab memerhati, memantau dan memeriksa perjalanan pentadbiran dalam sesebuah organisasi seperti sekolah dan masjid". Oleh sebab itu, (1) naziran perolehan dan kewangan bermaksud hasil daripada perbuatan menazir perolehan dan kewangan, manakala (2) nazir perolehan dan kewangan bermaksud orang atau pihak yang bertanggungjawab dalam menazir perolehan dan kewangan. (3) Lawatan Nazir Perolehan dan Kewangan.
| Makna | 08.02.2024 |
Mohon pandangan dan nasihat berhubung ayat berikut. "pembelian mengikut tatacara perolehan yang berkuatkuasa semasa" ATAU "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa". Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat ialah "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuat kuasa". | Tatabahasa | 29.06.2015 |
apakah definisi sistem perolehan kerajaan? sekian, terima kasih | Saudara perlu mengenal pasti sistem perolehan kerajaan yang dimaksudkan, konsep dan bidangnya. | Lain-lain | 04.06.2010 |
sukuk | SIJIL YANG MENUNJUKKAN BUKTI PEMILIKAN DAN HAK TUNTUTAN PEROLEHAN. PEMEGANG SIJIL BOLEH MEMILIKI ASET MENGIKUT KADAR TERTENTU. PEROLEHAN BOLEH DITUNTUT OLEH PEMEGANG SIJIL BERDASARKAN PRINSIP TERTENTU SEPERTI PRINSIP IJARAH, MUSYARAKAH DAN MUDARABAH. SEKIRANYA ASET TERSEBUT BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI SIJIL ASET KEWANGAN BOLEH NIAGA. SEBALIKNYAN JIKA ASET TERSEBUT TIDAK BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL BERKENAAN DIKENALI SEBAGAI SIJIL KUPON SIFAR TIDAK BOLEH NIAGA. CONTOHNYA SUKUK IJARAH, SUKU MUDARABAH DAN SUKUKMUSYARAKAH. | Istilah | 22.10.2010 |
Salam 1Bahasa, 1. Bengkel Perolehan Manuskrip ATAU Bengkel Pemerolehan Manuskrip? 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol ATAU Mereka bersorak kegembiraan apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol? Terima kasih. | 1. Bengkel Perolehan Manuskrip 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
LAPORAN PENGURUSAN PEROLEHAN TAHUN 2019 BAGI TUJUAN PELAPORAN "KE" MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) KPLB BILANGAN 1 TAHUN 2019 Mohon nasihat sama ada penggunaan perkataan ke di atas adalah betul atau tidak? | Ayat yang lebih sesuai: LAPORAN PENGURUSAN PEROLEHAN TAHUN 2019 BAGI TUJUAN PELAPORAN DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) KPLB BILANGAN 1 TAHUN 2019. | Lain-lain | 10.04.2019 |
Mohon Pencerahan sama ada penggunaan kata penghubung ayat di bawah berikut betul: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja DI penghujung tahun atau PADA saat akhir. | Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja pada saat-saat akhir. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 01.05.2020 |