Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rom.pa/] | ڤرومڤق

Definisi : orang yg merompak, perampok, penyamun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rom.pa/] | ڤرومڤق

Definisi : orang yg merompak; penyamun: ~ bank. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rompak
Kata Terbitan : merompak, rompakan, perompak,

Puisi
 

Entah tembung entahkan tombak,
     Pakaian penyamun cucu perompak;
Sekat penuh muatan petak,
     Langkah yang baik saya bertolak.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SOALAN 1 MENGIKUT ENTRI Kamus Dewan: Makna MENEMUI 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: CONTOH AYAT YANG DIBERI: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut. ENTRI MENEMUKAN, MAKNA 2. memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. KEMUSYKILAN: Adakah bererti kedua-dua kata MENEMUI / MENEMUKAN pun boleh digunakan dalam ayat ini? APAKAH BEZANYA? SOALAN 2: Kita akan dapat MENEMUIKAN persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut. BETUL ATAU SALAH? JAWAPAN DIBERI OLEH BUKU SALAH. TETAPI, BUKANKAH BOLEH dijelaskan menggunakan MENEMUKAN MAKNA ENTRI 2.? TERIMA KASIH.

Berdasarkan makna ketiga menemui iaitu sama makna dengan menemukan, berjumpa dengan apa yang dicari, ayat "Kita akan dapat menemui/menemukan (bukan menemuikan) persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut" adalah betul.

  

Tatabahasa28.06.2011
Maaf, Yang mana yang betul 1. Kedua-dua orang perompak atau 2. edua-dua perompakYang betul dari segi tatabahasa ialah kedua-dua orang perompak kerana terdapat penjodoh bilangan "orang" bagi perompak.Tatabahasa21.02.2009
Puan, Apakah perbezaan antara " memperhebat" dengan " menghebatkan"? Tolong berikan ayat contoh. Terima kasih.Menghebatkan: menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah menghebatkan usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. Memperhebat: menjadikan lebih hebat: Polis sedang memperhebat kegiatan mencari perompak-perompak itu.Makna06.03.2013
perompak tertangkap juga akhirnya. (tuan adakah ayat ini betul? bagi pandangan saya, ayat ini tergantung..sepatutnya perompak itu tertangkap juga akhirnya.)Pendapat saudara adalah betul, ayat yang gramatis ialah "Perompak itu tertangkap juga akhirnya".Tatabahasa28.07.2011
Apakah jawapan yang paling sesuai untuk soalan berikut? Mengapa? Polis berjaya memberkas _________ perompak bank itu. A) tiga B) ketiga-tiga C) ketiga D) bertiga Terima kasih.Polis berjaya memberkas ketiga-tiga perompak bank itu.Tatabahasa19.07.2012
Betul tak ayat berikut: Perabot dan kerusi meja di dalam bilik rehat ayah tunggang-langgang disebabkan oleh perompak malam tadi.Ayat ini lebih tepat: 
Perabot dan kerusi meja di dalam bilik rehat ayah tunggang-langgang kerana perompak malam tadi.
Tatabahasa13.08.2020
1. Apakah perbezaan antara "menemui"dengan "menemukan"?Saya sering terkeliru oleh kedua-dua perkataan tersebut?Bagaimanakah pula saya hendak mengaplikasikan perkataan ini dalam suatu ayat? 2. Selepas perkataan "terpesona", haruskah saya letakkan perkataan "oleh" atau "dengan'?atau pilihan lain? Adakah peraturan ini digunakan pada semua perkataan yang mempunyai imbuhan awalan "ter-.."? Terima kasih..(",)

1. Kata kerja menemui membawa banyak makna antaranya ialah "bertemu dengan", seperti dalam contoh ayat  "Aku pergi menemui seorang guru pelatih", dan menemui juga boleh membawa makna yan sama dengan menemukan, iaitu "berjumpa dengan sesuatu yang dicari", seperti dalam contoh ayat "Polis kemudiannya telah menemui/menemukan kereta yang digunakan oleh perompak-perompak tersebut. 

2. Terpesona membawa maksud: 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi), 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati. kata terpesona boleh diikuti oleh atau dengan mengikut kesesuaian maknanya. Peraturan ini tidak terikat pada kata kerja yang mengandungi awalan ter-. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa, halaman 170-175.

Tatabahasa14.07.2009
Pejabat itu______setelah digeledah oleh perompak malam tadi. A. Haru-biru B. Hiruk-pikuk C. Tunggang-langgang D. Punah-ranah Apakah jawapan bagi soalan ini? Tolong berikan penjelasan. Terima kasihJawapan yang tepat ialah punah-ranah. Punah ranah bermaksud habis rosak sama sekali.Tatabahasa20.12.2013
Pejabat itu tunggang langgang setelah digeledah oleh perompak. bolehkah "tunggang langgang" digunakan dalam ayat ini?Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), oleh itu perkataan tunggang-langgang tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa03.03.2014
1)Polis telah (menemui/menemukan) kereta yang dicuri oleh perompak itu. 2)Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan sebab hari hujan. Tolong beritahu saya soalan tersebut mana salah.Terima kasih.1. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
2. Ayat yang betul ialah Perlawanan bola baling yang telah berlangsung sejak satu jam tadi terpaksa ditangguhkan oleh sebab hari hujan.
Tatabahasa12.02.2012
123

Kembali ke atas