Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rom.pa.kan]/[pe.rom.pa/.kan] | ڤرومڤقن

Definisi : perbuatan merompak, peram­pok­­an: ~ bersenjata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rom.pa.kan]/[pe.rom.pa/.kan] | ڤرومڤقن

Definisi : hal atau perbuatan merompak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perompakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tepukan yang "gemuruh" atau "bergemuruh"? pegangan agama yang "kental" atau "kukuh" atau "kuat"? Tindakan berani seseorang pekerja berjaya menggagalkan "perompakan" atau "rompakan"? "Perkembangan" atau "pengembangan" bahasa Melayu? Mana satu yg betul? Dan apakah sebabnya? Mohon pencerahan munsyi

Penggunaan bahasa/tatabahasa yang tepat adalah seperti berikut:

 

1. Tepukan yang gemuruh.

2. Pegangan agama yang kuat

3. Pekerja yang berjaya menggagalkan rompakan

4. Perkembangan ialah hal atau perbuatan berkembang, dan

    pengembangan ialah hal atau perbuatan mengembang atau mengembangkan.

    Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada konteks ayat yang ingin disampaikan.

Lain-lain21.08.2021
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding.

Saudara,

Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud  1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. me­nyangkutkan meletakkan se­suatu pd kait; menggantungkan; meng­gayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkut­an hal, keadaan dsb bersangkut atau ber­sangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk me­nyangkutkan sesuatu.

Daripada makna di atas, kata menyangkut  digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan  pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu   pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding.

Tatabahasa25.08.2010

Kembali ke atas