Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 orang yg meronda: polis (askar) ~. 2 sesuatu yg digunakan utk meronda: kereta ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ronda
Kata Terbitan : meronda, peronda,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan BM yang sesuai untuk Police Patrolman: i. Pegawai Peronda Polis; ii. Anggota Polis Peronda; atau iii. Anggota Peronda Polis? Sekian, terima kasih. paulchai@audit.gov.myDalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu bagi istilah patrolman ialah polis peronda.
Pada pandangan kami, istilah yang  sesuai ialah anggota polis peronda, namun, penggunaan polis peronda sudah mantap tanpa penambahan perkataan anggota atau pegawai.
Penyemakan dan penterjemahan14.07.2014
Syarikat saya bercadang untuk mengadakan promosi untuk satu produk baru yang di adakan dengan kerjasama antara KL Monorail dan bas KL HOP ON HOP OFF, jadi kami sedang mencari 1) Soalan saya, adakah ayat di bawah sesuai digunakan? Ronda-ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket sahaja-RM20 2) Apakah makna atau maksud penuh bagi perkataan ronda-ronda? 3) Adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bersesuaian dengan perkataan ronda-ronda tersebut.

1) Ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket bernilai RM20.

 

2) makna ronda-ronda

Ronda:- = meronda 1.berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; 

3) i-Bersiar-siar

    ii-  Jalan-jalan

 
Lain-lain16.12.2008

Kembali ke atas