Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.o.ra.ngan] | ڤراورڠن

Definisi : perihal orang seorang: sajak ini menyiarkan teknik ~ bagi menghidupkan perasaan manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perorangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perbezaan antara 'perorangan' dan 'perseorangan' ?sebagai contoh, komunikasi perseorangan @ komunikasi perorangan. Terima kasih."Perorangan" merujuk kepada perihal orang seorang dan selalunya digunakan dalam karya kreatif. Contoh, sajak ini menyiarkan teknik perorangan bagi menghidupkan perasaan manusia.

"Perseorangan" pula merujuk kepada cara berseorang-seorang, tidak secara berkumpulan atau melibatkan orang lain.

Oleh itu, perkataan yang betul ialah " komunikasi perseorangan".


Makna25.07.2020
Adakah perkataan 'interpersonal' wujud dalam bahasa melayu? Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'interpersonal relations'? 'Hubungan interpersonal' atau 'Hubungan antara perorangan'?Interpersonal diterjemahkan kepada antara perseorangan, selain istilah interpersonal itu sendiri dikekalkan seperti dalam bidang perubatan, sosiologi dan komunikasi.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2014
apa itu kemahiran komunikasi takrif komunikasi interpersonal dan intrapersonalKemahiran komunikasi ialah kemahiran berhubung antara penghantar (sumber) dan penerima (sasaran) melalui medium komunikasi. Komunikasi interpersonal adalah seperti komunikasi antara perorangan, komunikasi perseorangan, komunikasi bersemuka. Komunikasi intrapersonal ialah komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang seperti monolog yang ditujukan kepada diri sendiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saudara boleh merujuk mana-mana Jabatan Komunikasi di IPTA dan IPTS.Lain-lain08.01.2008
Dalam penulisan, utk rujukan ada istilah bahasa inggeris yang digunakan iaitu pers. comm (personal communication). sebagai contoh, "Terdapat banyak kejadian mencuri di Ipoh (Azmi, pers.comm.). Kalau dalam bahasa Melayu, apakah istilah yang patut digunakan? terima kasihCadangan terjemahan ialah komunikasi perorangan.Istilah29.04.2008

Kembali ke atas