Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.paip.an] | ڤرڤاءيڤن

Definisi : (sistem, kerja dll) pemasangan paip: sistem ~ air dan gas utk bangunan itu telah siap dipasang; bayaran itu tidak termasuk kos ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perpaipan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt tuan/puan, Di sini, saya inginkan bantuan tuan/puan berkenaan terjemahan yang saya lakukan untuk beberapa istilah bidang, iaitu dalam bidang perpaipan (industri gas dan minyak). Ayatnya adalah seperti yang berikut: Teks sumber (TS) 1. Confirm the following valves are in place: - 1" globe valve upstream XV-30468 is open (U-6A) - 1" globe valve downstream FI-31277 is closed (U-6B) Teks terjemahan (TT) 1. Pastikan injap-injap berkenaan berada di kedudukan masing-masing: - injap glob 1" di huluan XV-31468 dibuka (U-6A)

Waalaikumussalam. Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Pastikan injap berikut berfungsi di kedudukan masing-masing:

- injap glob 1" di huluan XV-31468 dibuka (U-6A)

- injap glob 1" di hiliran FI-31277 ditutup (U-6B)

 

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan18.04.2017

Kembali ke atas