Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pa.ri.tan] | ڤرڤاريتن

Definisi : yg berkaitan dgn parit: masalah bekalan air dan ~; pelan-pelan ~; projek ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perparitan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
runjumlah cetak;; lari (SUK, UKUR, P.JAS), perparitanKejuruteraanTiada1. Perparitan: Sebahagian paip atau pasangan yang berada pada garis lurus di arah aliran yang sama dengan paip yang tersambung padanya.,2. Siri: Set operasi lengkap yang berjujukan.,3. Jumlah cetak: Bilangan salinan yang akan dicetak dalam sesuatu operasi percetakan.
drainage systemssistem perparitanPertanianAgroteknologiSistem yang dibina untuk mengumpul dan menyalirkan air supaya tidak berlakunya kawasan banjir apabila hujan lebat. Sistem ini terdiri daripada rangkaian longkang, parit, paip dan saliran yang mengumpulkan air serta menyalirkannya ke sungai atau laut. Bagi kawasan tanah gambut, sistem perparitan digunakan untuk mengawal paras air di dalam tanah supaya keasidan tanah sesuai untuk tanaman. Bagi tanaman padi pula, sistem perparitan boleh membantu mengawal masa untuk membanjirkan dan mengeringkan kawasan tanaman.
drainage gratejeriji perparitanLandskapTiadaJeriji besi yang digunakan untuk menutup longkang bagi tujuan keselamatan.
French drainlongkang PerancisLandskapTiadaSaluran perparitan bawah tanah yang dimuatkan dengan batu-batu kecil untuk menyalirkan air secara perlahan.
design stormreka bentuk ributLandskapTiadaSistem perparitan yang di reka bentuk dengan mengambil kira kekerapan dan jangka waktu hujan ribut yang mungkin berlaku di suatu kawasan.
reclamation constructionpembinaan tebus gunaLandskapTiadaAktiviti yang terlibat dalam kerja pemulihan sesuatu kawasan seperti penambakan tanah dan penyediaan perparitan.
exploded planpelan pembesaranLandskapTiadaPelan yang telah diperbesar beberapa kali ganda ukuran pel an asal untuk menunjukkan perincian jalan, bangunan, perparitan dan sebagainya dengan lebih jelas.
County CouncilMajlis KawasanPentadbiranTiadaBadan atau organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran sesebuah kawasan di bawah bidang kuasanya. Majlis kawasan mempunyai peranan dan fungsi tersendiri seperti menyelenggara sistem perparitan dan saliran, menyediakan kemudahan kesihatan, taman permainan, dan mengendalikan hal ehwal kebersihan. Majlis ini mempunyai kuasa untuk menjana pendapatan sendiri selain peruntukan dari kerajaan negeri. Terdapat beberapa kategori majlis kawasan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majlis ini mempunyai ahli jawatankuasa tersendiri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan diselaras melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.
row plotpetak berbarisPertanianAgronomi

 Unit kawasan yang dibahagikan sama ada mengikut ukuran yang tertentu, berada di dalam barisan atau susunan. Contohnya, petak padi di kawasan pengairan berada dalam baris, mengikut saliran dan perparitan.

Green RevolutionRevolusi HijauSains PolitikPolitik PerbandinganProgram meningkatkan produk pertanian yang berkualiti tinggi dengan menggunakan teknologi moden. Program ini dilaksanakan melalui penggunaan tanah yang optimum, benih dan baja yang berkualiti, racun yang berkesan, terusan dan sistem perparitan yang baik serta jentera yang sesuai bagi menambah baik sistem pertanian tersebut. Perancangan rapi dibuat supaya negara tersebut menghasilkan pengeluaran yang sesuai dengan sifat ekologi negara tersebut. Bagi menjayakan program ini, tenaga buruh digunakan secara optimum. Revolusi Hijau selalu dikaitkan dengan usaha negara sedang membangun yang tidak berupaya melaksanakan program industri secara berkesan. Idea mengenai revolusi ini dihasilkan oleh saintis Amerika Syarikat iaitu Norman E. Borlaug yang telah memenangi Hadiah Nobel tahun 1970 kerana ikhtiarnya yang cuba menghapuskan kebuluran dunia.
12

Kembali ke atas