Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pe.ca.han] | ڤرڤچهن

Definisi : keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pe.ca.han] | ڤرڤچهن

Definisi : perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pecah1 (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berbelah-belah: hancur, remuk, rapuh, ripuk, patah, kopak,

2. Bersinonim dengan merekah: retak, sompek, repih, terbelah, sumbing, robek, sobek, lulu cabik, rabak, koyak,

3. Bersinonim dengan meletup: meletus, meledak, meledos, pancit,

4. Bersinonim dengan tersebar: terbongkar, tercetus, tersiar, merebak, bocor,
Berantonim dengan tersimpan

5. Bersinonim dengan bermula: meletus, mencetus, terbit,

6. Bersinonim dengan serak: serau, garuk, pecah suara, sumbang, janggal, sember,

7. Bersinonim dengan berpisah: cerai-berai
Berantonim dengan bersatu

Kata Terbitan : berpecah, memecahkan, terpecah-pecah, pecahan, perpecahan, pemecahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza antara 'perceraian' dengan penceraian?
  • perceraian

    1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri);
  • penceraian

    perihal (perbuatan) menceraikan.
  • Diharap maklumat di atas dapat membezakan kedua-dua makna kata terbitan tersebut.

    Tatabahasa12.04.2008
    Apakah beza istilah berikut: a) perceraian dan penceraian b) perguruan dan keguruanMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, (a) perceraian bermaksud 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian pula ialah perihal (perbuatan) menceraikan. (b) perguruan ialah 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa. Manakala keguruan pula ialah yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur;Lain-lain12.06.2010
    Salam, Mohon penelitian ayat - ayat berikut sebagai lirik lagu Kita semua serupa Berpijak dibumi yang nyata Mendaulatkan prinsip yang lima Bersatu hati demi semua Usah diduga akal dan budi Merobek jiwa meruntuh janji Hitam dan putih tidak bererti Asal semua hormat menghormati Ayuh semua kita Berganding bahu berpimpin tangan Mengharungi onak dan duka Asal kita tidak berangan Nun didesa atau dikota Semua pasti merasa bahagia Menyemai kasih menyulam cinta Melahirkan insan yang setia Apa jua rintangan Jangan ada yang terkesan Memutuskan persahabatan Mencipta jurang perpecahan

    Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Walau bagaimanapun, mohon pihak tuan membetulkan ejaan seperti di bumi, di desa, di kota dan hormat-menghormati.

    Untuk makluman tuan juga, dalam penulisan karya sastera, ada sedikit "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai “kebebasan penyair” (poetic licence). Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Biasanya lesen ini lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu. Sungguhpun begitu, karya seni termasuk lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Ini kerana karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat.

    Untuk membantu tuan membuat semakan penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.


    Lain-lain17.11.2021
    langkah-langkah mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga dan kepentingan memelihara hubungan jiran tetanggaHubungan sesama jiran tetangga adalah penting bagi memelihara kehidupan yang sejahtera dan bersatu padu. Usaha mengeratkan hubungan sesama jiran hendaklah diamalkan oleh semua orang. Langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan sesama jiran bergantung kepada sikap seseorang itu. Antaranya termasuklah sikap bertolak ansur, berbudi bahasa, bertegur sapa, hormat menghormati, jujur, tidak berdengki dan berdendam, tolong menolong dan saling menziarah. Dalam kehidupan bermasyarakat, memelihara hubungan sesama jiran amat penting bagi menjamin kehidupan yang sejahtera, selamat, aman dan bersatu padu. Melalui usaha ininjuga, dapat mengelakkan perpecahan dan pergaduhan sesama jiran. Masayarakat yang bersatu  akan menyumbang ke arah mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, aman dan sejahtera.Lain-lain04.06.2008

    Kembali ke atas