Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pe.ca.han] | ڤرڤچهن

Definisi : keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pe.ca.han] | ڤرڤچهن

Definisi : perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pecah1 (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berbelah-belah: hancur, remuk, rapuh, ripuk, patah, kopak,

2. Bersinonim dengan merekah: retak, sompek, repih, terbelah, sumbing, robek, sobek, lulu cabik, rabak, koyak,

3. Bersinonim dengan meletup: meletus, meledak, meledos, pancit,

4. Bersinonim dengan tersebar: terbongkar, tercetus, tersiar, merebak, bocor,
Berantonim dengan tersimpan

5. Bersinonim dengan bermula: meletus, mencetus, terbit,

6. Bersinonim dengan serak: serau, garuk, pecah suara, sumbang, janggal, sember,

7. Bersinonim dengan berpisah: cerai-berai
Berantonim dengan bersatu

Kata Terbitan : berpecah, memecahkan, terpecah-pecah, pecahan, perpecahan, pemecahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKIZOFRENIA

Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental teruk

yang telah dicirikan sebagai gangguan fikiran yang

tidak diduga. Perkataan skizofrenia bermakna

perpecahan minda. Ia merujuk kepada ciri-ciri

kelakuan skizofrenia seperti pengunduran

daripada kebenaran dan berfikir secara tidak logik

dan mengelirukan. Istilah ini tidak bermakna

pesakit mempunyai lebih daripada satu personaliti.

UMUM 
PARTI MELAYU SEMANGAT 46

Parti Melayu Semangat 46 ialah parti politik

yang diwujudkan di Malaysia selepas terjadinya

perpecahan dalam Pertubuhan Kebangsaan

Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987, dan

kemudian pengharaman UMNO oleh Mahkamah

Tinggi, Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Parti ini

diasaskan oleh Tengku Razaleigh Tengku Hamzah

bersama dengan beberapa orang tokoh UMNO

asal seperti Datuk Rais Yatim, Datuk Harun Idris,

Datuk Suhaimi Haji Kamaruddin, Hajah Marina

Yusuf, Datuk Zainal Abidin Zain, Datuk Abdul

Manan Othman, Ibrahim Ali, Datuk Paduka Hajah

Rahmah Othman, Hajah Ilani Datuk Haji Ishak,

Datuk Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu

Bakar, Datuk Shahrir Abdul Samad dan lain-lain.

Objektif penubuhan parti ini bertujuan untuk

mengembalikan semangat UMNO asal yang

ditubuhkan pada tahun 1946.

UMUM 
ALEXANDER III

Alexander III (1105–1181), dipilih menjadi paus

pada tahun 1159. Maharaja Rom Holy, Frederick I,

menyokong seorang antipaus yang bernama Victor

IV yang dipilih oleh sekumpulan minoriti kardinal.

Perselisihan antara maharaja dengan golongan paus

menyebabkan perpecahan antara golongan paus

yang membawa kepada terpilihnya tempat

golongan antipaus di sepanjang pemerintahan

Alexander.

UMUM 
MOYOLA, LORD

Moyola, Lord (1923–2002) ialah Perdana Menteri

Ireland Utara dari tahun 1969 hingga tahun 1971.

Nama sebenarnya ialah James Dawson Chichester-

Clark. Semasa dia mula dilantik, dia telah dirayu

untuk meneruskan pembaharuan yang dimulakan

oleh perdana menteri sebelumnya, Terence

O’Neill. Tetapi pertama sekali, dia perlu

mengembalikan kedamaian di wilayah tersebut,

selepas berlakunya kekacauan. Dia juga perlu

memulihkan semula perpecahan yang berlaku

dalam Parti Kesatuan Ulster. Pada awalnya dia

mendapat sedikit kejayaan di dalam kedua-dua

usaha tersebut tetapi rusuhan yang serius berlaku

pada bulan Ogos 1969. Dia terpaksa meminta

kerajaan United Kingdom menghantar tentera

untuk menjaga keamanan.

UMUM 
PHILLIPS, WENDELL

Phillips, Wendell (1811–1884) ialah pemidato

dan reformis Amerika yang terkenal sebagai

penyokong kepada penghapusan perhambaan. Dia

meninggalkan kerjaya guamannya pada tahun 1837

untuk menyertai kumpulan penghapus yang

diketuai oleh William Lloyd Garrison. Phillips

berjuang menentang mana-mana individu, institusi,

atau undang-undang yang dianggap menghalang

penghapusan tersebut. Dia menyokong

penghapusan perhambaan walaupun melibatkan

risiko perpecahan Kesatuan Amerika. Phillips

mengkritik secara serius Pentadbiran Presiden

Abraham Lincoln ketika Perang Saudara Amerika

(1861–1865).

UMUM 
PERANG GRANADA

Perang Granada berlaku pada tahun 897 H./

1492 M. antara orang Islam di bawah pimpinan

Bani Ahmar dengan orang Kristian Andalus.

Peperangan ini disebabkan kemunculan kerajaan-

kerajaan kecil Islam di kalangan bangsa Arab yang

dikenali sebagai kerajaan-kerajaan kecil “zaman al-

Tawa’if ”, selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyyah

di Andalus. Salah satu daripada kerajaan itu ialah

kerajaan kecil Granada yang merdeka pada tahun

630 H./1232 M. dan dipimpin oleh Bani Ahmar.

Perpecahan ini menyebabkan kelemahan orang

Islam di Andalus. Orang Kristian telah mengambil

kesempatan di atas kelemahan orang Islam dengan

mengukuhkan wilayah-wilayah mereka di utara

bagi menghadapi kerajaan-kerajaan Islam Arab ini

yang kebetulan sedang berselisih untuk berebut

kuasa. Selepas itu, satu demi satu kerajaan Islam

jatuh ke tangan orang Kristian kecuali kerajaan

Granada . Hanya kerajaan ini yang tinggal untuk

orang Islam Andalus.

UMUM 
SEMANGAT 46SEMANGAT 46, parti politik.  Parti ini ditubuhkan pada 11 Mei 1989.  Penubuhan parti ini adalah sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Terengganu.  Penubuhan Parti Semangat 46 bermula dengan perpecahan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987 dan diikuti  dengan pengharaman UMNO pada bulan Februari 1988.  Oleh itu, matlamat penubuhan parti ini ialah berusaha untuk meneruskan semangat perjuangan UMNO 1946.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas