Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pin.da.han] | ڤرڤيندهن

Definisi : perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pin.da.han] | ڤرڤيندهن

Definisi : hal berpindah: ~ haiwan, baik jauh atau dekat, berkaitan dgn masalah mencari makanan utk hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perpindahan server ke lokasi baharu ATAU Pemindahan server ke lokasi baharu?Cadangan jawapan yang sesuai berdasarkan jawapan yang diberikan ialah Pemindahan pelayan ke lokasi baharu. 23.05.2021
Penggunaan perkataan manakah yang tepat? Perpindahan antara Syarikat atau Pemindahan antara Syarikat? Perpindahan atau Pemindahan?

 Mengikut Kamus Dewan, kata perpindahan bermaksud perihal perbuatan, kejadian berpindah, peralihan.  Kata pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan). Dalam istilah perniagaan, pemindahan ialah padanan bagi transference.
Daripada keterangan ini, perpindahan antara syarikat merujuk pada peralihan syarikat boleh digunakan manakala pemindahan syarikat  pula secara fizikal dipindahkan. Mohon kemukakan konteks penggunaan yang diperlukan agar kami dapat memberikan cadangan lain yang memenuhi keperluan pihak anda.

 

Istilah02.09.2014
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUMSila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah.

Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul.
Tatabahasa23.01.2018
Salam DBP, "Perpindahan" Cawangan Alor Setar atau "Pemindahan" Cawangan Alor Setar? Mohon pencerahan dan berikan contoh ayat untuk penggunaan perkataan kedua-duanya. Terima kasih.

Perpindahan ialah hal berpindah, perihal perbuatan, kejadian berpindah, peralihan. 

Ayat Perpindahan Bank Islam Cawangan Alor Setar adalah ayat yang betul, jika tajuk pemakluman.

Pemindahan ialah perbuatan atau hal memindahkan, mengalihkan, secara fizikal dipindahkan.

Contoh ayat: Pemindahan Bank Islam Cawangan Alor Setar dari Jalan Desa ke Jalan Meranti akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2018.

Makna13.02.2018
interlanguage transfer- terjemahannya apa?Perpindahan antara bahasa - penterjemahan.Makna13.04.2009
salam.bolasepak malaysia. kemasukan pemain import, perpindahan pemain, pemain digugurkan. adakah situasi ini boleh dipanggil 'formasi' dalam dunia bola sepak.t.kasih.harap dapat membantuMerujuk Kamus Dewan formasi bermaksud susunan (sekumpulan orang atau benda) dengan bentuk tertentu sambil melakukan pergerakan. Pada pandangan kami situasi yang berlaku tidak sesuai dengan makna formasi tersebut.Tatabahasa27.12.2012
1.Makna Hijrah.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.Makna29.10.2009
Apakah terjemahan yang sesuai untuk istilah ‘forced displacement’, merujuk pada isu pelarian?Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

forced displacement  - perpindahan terpaksa

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah17.06.2022
SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI BAHASA MELAYU. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KOMUNIKASI DAN PERANANNYA. SATU LAGI,APAKAH MAKSUD KOMUNIKASI INTERPERSONAL DAN INTRAPESONAL?Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu), atau antara maknusia, manakala komunikasi intrapersonal ialah kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain08.01.2009
apakah fungsi bahasa melayu dan komunikasi interpersonal..

Saudara Ismah,

Fungsi bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa perpaduan. Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih daripada seorang individu), atau antara manusia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara.

Lain-lain14.04.2010
123

Kembali ke atas