Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza antara 'perceraian' dengan penceraian?
  • perceraian

    1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri);
  • penceraian

    perihal (perbuatan) menceraikan.
  • Diharap maklumat di atas dapat membezakan kedua-dua makna kata terbitan tersebut.

    Tatabahasa12.04.2008
    Apakah beza istilah berikut: a) perceraian dan penceraian b) perguruan dan keguruanMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, (a) perceraian bermaksud 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian pula ialah perihal (perbuatan) menceraikan. (b) perguruan ialah 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa. Manakala keguruan pula ialah yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur;Lain-lain12.06.2010
    Mana satu betul? 1. kapal itu tenggelam dalam lautan 2. Kapal itu tenggelam di lautan.

    Sdr Azmanizan,

    Frasa yang betul ialah jawapan no.(2)

    1. Kapal itu tenggelam dalam lautan.

     2. Kapal itu tenggelam di lautan. 

    (Alasan: Kesalahan ayat (1) apabila menggunakan kata sendi "dalam" yang  berfungsi menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.  Ayat (2) kata "tenggelam" membawa maksud kapal tersebut telah  terbenam ke dalam laut tersebut  atau karam.

    Contoh ayat yang menggunakan kata sendi dalam adalah seperti  yang berikut:

      (a)   Kita semua harus berusaha supaya kita dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan kita. 

      (b)   Guru besar telah berucap dalam majlis perpisahan itu.

    Tatabahasa06.04.2009
    Apakah kesalahan dalam ayat di bawah? 1. Perasaannya menjadi hiba pada hari berpisah dengan rakan-rakan sejawatannya. 2.Walaupun deman, Mak Ina masih juga menggagah diri untuk membuat kuih. 3.Pengakap adalah sebuah pertubuhan kokurikulum yang diwujudkan di sekolah-sekolah. 4.Kita mestilah menghormat kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah menjaga kita sejak kecil hingga dewasa.1. Perasaannya menjadi hiba pada hari perpisahan dengan rakan-rakan sejawatannya.



    2. Walaupun demam, Mak Ina masih juga menggagah diri untuk membuat kuih.



    3. Pengakap ialah sebuah pertubuhan kokurikulum yang diwujudkan di sekolah-sekolah.



    4. Kita mestilah menghormati kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah menjaga kita sejak kecil hingga dewasa.
    Tatabahasa20.04.2013
    Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung perkara berikut: 1. Ada ataupun tidak perkataan 'perlantikan'. Hal ini kerana perkataan tersebut didaftarkan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu tetapi tidak ada dalam Kamus Dewan Jilid 4. 2. Jika perkataan 'perlantikan' ada, persoalannya, adakah wujud perbezaan makna antara kata 'pelantikan' dengan 'perlantikan'? 3. Bagaimana hendak menentukan perkataan-perkataan yang boleh menerima imbuhan awalan 'pe...' dan 'per...' Sekian, terima kasih.

    1. Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.

    2. Cara yang mudah untuk mengenal perkataan yang menerima imbuhan peN-...-an dan peR-...-an adalah  dengan melihat bentuk kata kerjanya. Umumnya kata nama terbitan yang menggunakan peR-...-an berasal daripada bentuk kata kerja yamg menggunakan awalan beR-, manakala kata nama yang menggunakan apitan peR-...-an berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan imbuhan meN-...-i atau meN-...-kan.  Contoh: perlumbaan berasal daripada kata kerja berlumba. Oleh sebab tiada bentuk melumba, maka tidak wujud bentuk pelumbaan.  

    Walau bagaimanapun, terdapat juga bentuk-bentuk yang boleh menerima kedua-dua peN-...-an dan peR-...-an. Hal ini kerana bentuk itu berasal daripada dua bentuk kata kerja yang memberikan makna yang berlainan. Contoh: perpisahan berasal daripada kata kerja berpisah, pemisahan berasal daripada kata kerja memisahkan. 

    Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahsa Dewan Edisi Ketiga, halaman 132. 

    Istilah13.05.2009

    Kembali ke atas