Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pus.ta.ka.an] | ڤرڤوستاکاءن

Definisi : 1. kumpulan buku (bacaan dll); 2. bangunan (bilik dll) yg mengumpulkan buku-buku (utk bacaan dll); 3. = kepustakaan kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan; ~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum (orang ramai); ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pus.ta.ka.an] | ڤرڤوستاکاءن

Definisi : kumpulan buku (bacaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pus.ta.ka.an] | ڤرڤوستاکاءن

Definisi : 1 kumpulan buku atau bahan bacaan. 2 bangunan atau tempat mengumpulkan bahan-bahan bacaan. ~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum atau orang ramai. ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pustaka (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan kitab, buku;,
Kata Terbitan : perpustakaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Masjid Putra dalam menyiapkan projek sebuah mini perpustakaan. Mohon bantuan untuk memberikan nama yang betul samada:- i. Mini Perpustakaan (contoh:Mini Perpustakaan Masjid Putra) ii.Perpustakaan Mini (contoh:Perpustakaan Mini Masjid Putra) Sekian, terima kasih. Mohd Hasdi bin Muda Penolong Pengarah PentadbiranUntuk makluman, istilah yang betul ialah perpustakaan mini. Oleh itu, nama yang betul ialah Perpustakaan Mini Masjid Putra.Istilah29.10.2012
Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan cadangan daripada pihak DBP mengenai terjemahan yang sesuai bagi "Special Library". Maksud: "Special Library" adalah perpustakaan yang menyediakan sumber maklumat khusus mengenai subjek tertentu, melayani pelanggan khusus dan terhad, dan memberikan perkhidmatan khusus kepada pelanggan tersebut. "Special Library" juga wujud di institusi akademik, termasuk perpustakaan sekolah undang-undang, dan perpustakaan sekolah perubatan. "Special Library" merangkumi perpustakaan korporat, perpustakaan kerajaan, perpustakaan undang-undang, perpustakaan perubatan, perpustakaan muzium, perpustakaan berita, dan perpustakaan bukan untung. Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih.Istilah dalam bahasa Inggeris yang diberikan terlalu umum untuk diterjemahkan. Namun, kami mencadangkan "special library" diterjemahkan sebagai "perpustakaan khas", "perpustakaan khusus" atau "perpustakaan istimewa", bergantung pada konsep, bidang ilmu dan pengguna sasaran perpustakaan tersebut.Istilah06.11.2020
Perpustakaan Negara Malaysia adalah perpustakaan rasmi bagi negara Malaysia. Betulkah ayat ini dan penggunaan kata pemeri "adalah"?Ayat yang betul ialah Perpustakaan Negara Malaysia ialah perpustakaan rasmi bagi negara Malaysia. Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 263-265.Tatabahasa19.09.2014
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)

Soalan:
1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.

Jawapan:
1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh.

Soalan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.
Jawapan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini.

Soalan:
3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.
Jawapan:
3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.


Soalan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.
Jawapan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.

Tatabahasa17.03.2013
Selamat sejahtera. (A) Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'secara' dan 'dengan'? Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya membaca buku dengan senyap di dalam perpustakaan. 2. Saya membaca buku di dalam perpustakaan dengan senyap. 3. Saya membaca buku secara senyap di dalam perpustakaan. 4. Saya membaca buku di dalam perpustakaan secara senyap. (B) Bagaimanakah membezakan penggunaan 'supaya' dan 'untuk'? (C) Adakah 'ai' yang terdapat dalam perkataan 'pacaindera' ialah diftong dan harus disebut pa+cain+de+ra? (D) Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya beratur sebelum menaiki bas. 2. Saya beratur untuk menaiki bas. Terima kasih.1. Melihat kepada aspek makna, perkataan secara bermaksud cara membuat sesuatu, manakala dengan bermaksud kata yang digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan. Berdasarkan makna tersebut ayat yang betul ialah "Saya membaca buku secara senyap di dalam perpustakaan" dan "Saya membaca buku dengan senyap di dalam perpustakaan".
2. Supaya bermaksud agar atau hendaknya, manakala kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama/frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu.  
3. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Huruf a dan i dalam perkataan pancaindera bukan dalam suku kata yang sama.
Tatabahasa01.05.2012
Sharifah Sharina Syed Aswad Assalammualaikum, Bagaimana cara untuk mendapatkan majalah dewan pelajar keluaran lama untuk dimasukkan dalam kotak buku projek Perpustakaan Mini yang dijalankan oleh NGO Projek Iqra'? Projek ini ialah melawat rumah2 anak yatim dan menambah buku-buku atau bahan bacaan baru ke perpustakaan mereka. Rumah yang tiada perpustakaan, kita akan wujudkan perpustakaan mini mereka. Boleh rujuk link ini untuk informasi lanjut: http://www.projekiqra.com/cs_cause/perpustakaan-mini-2-0 Yang benar, Sharifah Sharina Syed Aswad Naib Pengerusi Projek Iqra'Berkaitan dengan perkara ini, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, tuan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.05.2014
Kata sendi nama manakah yang betul dalam ayat ini: "Buku ini dipinjam dari/daripada perpustakaan"? Dalam ayat ini, perpustakaan adalah tempat, dan pada masa yang sama juga ia adalah asal atau punca buku itu dipinjam. Mohon pencerahan, terima kasih.Penggunaan yang betul ialah daripada. Dalam ayat tersebut, perkataan dipinjam boleh digunakan sebagai penentu penggunaan kata  sendi sama ada dari dan daripada. Ayat tersebut lebih lebih kepada sumber atau punca.Tatabahasa06.08.2020
Sesuai atau tidak pengunaan perkataan ini dalam Bahasa Malaysia: Perpustakaan Kuala Lumpur : Santuari Ilmu Anda ayat tema asal: Perpustakaan Kuala Lumpur : Your Knowledge Sanctuary In The City

Perkataan ‘santuari’ dalam tema Perpustakaan Kuala Lumpur:Santuari Ilmu Anda tidak sesuai kerana santuari bermaksud 1. tempat suci; 2. tempat perlindungan 3. kawasan perlindungan.

 

Penyemakan dan penterjemahan10.02.2015
istilah Perpustakaan dalam bahasa Greek dan RomanUntuk makluman saudara DBP menyusun istilah daripada bahasa sumber (Inggeris) dan mencari padanannya dalam bahasa Melayu. Untuk mencari istilah dalam bahasa-bahasa lain sila rujuk buku istilah yang berkaitan.Istilah15.04.2010
Untuk perpustakaan "on hold" - the book is "on hold". Untuk pengkomputeran "Browse"Cadangan terjemahan kami bagi "the book is on hold" ialah sama ada "buku itu sedang dalam perhatian" atau "buku itu ditangguhkan...". Walau bagaimanapun, terjemahannya bergantung pada konteks. Bagi "browse" dalam bidang komputer, istilah bahasa Melayunya ialah semak seimbas atau imbas/mengimbas.Istilah18.04.2009
12345678910...

Kembali ke atas