Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sa.ha.ja.an] | ڤرسهاجاءن

Definisi : perihal bersahaja; saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persahajaan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
persahajaanperihal bersahaja; saja.Kamus Dewan Edisi Keempat
sahaja1. yg satu-satunya, cuma, hanya, melainkan: tuan ~ yg dapat menolong saya; 2. selalu (demikian), terus (demikian): ia mengeluh ~; 3. juga (demikian), juga (begitu): muzik sama ~ mustahaknya dgn bahasa atau kesusasteraan; 4. barang ... pun, sebarang: apa ~; siapa ~; di mana ~; bila ~; 5. dgn mudah, dgn senang: disembelihnya ~ kijang yg tidak dapat berlari lagi itu; 6. -lah (sbg anjuran), lebih baik: makan ~ apa yg ada; 7. sangat (utk mengeraskan kata sebelumnya), sekali: mudah ~ mengalahkan orang itu; 8. sememangnya, memang: ~ sebenarnyalah pekerjaan spt titah duli tuanku itu; 9. sengaja, dgn niat sendiri: ~ aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; 10. spt biasa (tidak ditambah-tambah): dgn mata ~ dapat dilihat bintang itu; ~ bahasan prb sudah menjadi kebiasaan; bersahaja, bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pe­ngaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; kebersahajaan sifat atau keadaan bersahaja: ~nya menyampaikan ceramah itu menarik perhatian pendengar; menyahaja sl melakukan sesuatu dgn sengaja: bukan disahaja sebab akal budak; menyahajakan 1. menyederhanakan, memu-dahkan; 2. melakukan dgn sengaja; kesahajaan perihal sahaja, kesederhanaan; persahajaan perihal bersahaja; saja.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas