Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sa.ma.an] | ڤرساماءن

Definisi : 1. perihal sama (sifat-sifatnya dll), persesuaian: yg membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan; ada ~ antara orang asli di Filipina dgn orang asli di Semenanjung Tanah Melayu; 2. perbandingan, perumpamaan, ibarat: ~ yg diberikan dlm sajak-sajak itu banyak yg salah; 3. perbandingan dua ungkapan yg sama nilainya (dlm ilmu hisab, fizik, kimia, dll); ~ kimia perlambangan tindak balas kimia dgn menggunakan simbol unsur-unsur utk me-nandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sa.ma.an] | ڤرساماءن

Definisi : 1 sesuatu yg sama: Ter­dapat ~ antara kedua-dua lelaki itu. 2 pernyataan yg sama antara dua rangkai angka yg dipisahkan oleh tanda sama dgn (=) spt 5x + y = 7. ~ serentak persamaan yg diselesaikan secara serentak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persamaan


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
titik persilanganpoint of intersectionTitik tempat dua atau lebih garis bersilang dan memberikan penyelesaian kepada persamaan-persamaan terlibat. Lihat rajahMenengah Atas
punca persamaanroot of an equationNilai yang memuaskan suatu persamaan atau menyelesaikan persamaan. Contohnya, x2 − x − 2 = 0. Punca persamaan ialah −1 dan 2.Menengah Atas
persamaan linearlinear equationPersamaan yang terdiri daripada ungkapan linear. Bentuk am persamaan linear ialah ax + by + c = 0, dengan a≠ 0 dan b≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 1.Menengah Atas
persamaan kuadratikquadratic equationPersamaan yang boleh ditulis dalam bentuk am, ax² + bx + c = 0 dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. Persamaan ini perlu mempunyai satu pemboleh ubah dan kuasa tertinggi pemboleh ubah itu ialah 2.Menengah Atas
persamaan linearlinear equationPersamaan yang melibatkan ungkapan linear. Contohnya, 2x + 3 = 8.Menengah Rendah
persamaan kuadratikquadratic equationPersamaan yang boleh ditulis dalam bentuk ax² + bx + c = 0, dengan a, b dan c ialah nombor nyata, dan a ≠ 0.Menengah Rendah
persamaan tak linearnon-linear equationPersamaan yang terdiri daripada ungkapan tak linear. Contohnya, 4x² + 5x = 1.Menengah Atas
persamaan tak linearnon-linear equationPersamaan yang melibatkan ungkapan tak linear. Contohnya, 2x² + 4x = 1.Menengah Rendah
punca persamaanroot of an equationNilai yang merupakan penyelesaian kepada sesuatu persamaan. Contoh: x² − x − 2 = 0. Nombor −1 dan 2 ialah punca persamaan ini.Menengah Rendah
persamaan linear serentaksimultaneous linear equationDua persamaan linear yang mempunyai pemboleh ubah yang sama. Contohnya, x + y = 3 dan 2x − 3y = 1.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas