Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sa.ma.an] | ڤرساماءن

Definisi : 1. perihal sama (sifat-sifatnya dll), persesuaian: yg membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan; ada ~ antara orang asli di Filipina dgn orang asli di Semenanjung Tanah Melayu; 2. perbandingan, perumpamaan, ibarat: ~ yg diberikan dlm sajak-sajak itu banyak yg salah; 3. perbandingan dua ungkapan yg sama nilainya (dlm ilmu hisab, fizik, kimia, dll); ~ kimia perlambangan tindak balas kimia dgn menggunakan simbol unsur-unsur utk me-nandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sa.ma.an] | ڤرساماءن

Definisi : 1 sesuatu yg sama: Ter­dapat ~ antara kedua-dua lelaki itu. 2 pernyataan yg sama antara dua rangkai angka yg dipisahkan oleh tanda sama dgn (=) spt 5x + y = 7. ~ serentak persamaan yg diselesaikan secara serentak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persamaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transformed equationspersamaan-persamaan tertukar bentuk/persamaan-persamaan tertransformasiPentadbiranTiadaPersamaan-persamaan yang mana berlakunya perubahan dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
constitutive equationpersamaan juzukKejuruteraanTiadaUngkapan matematik bagi sifat mekanik bahan, misalnya hubungan tegasan-terikan. Persamaan-persamaan juzuk yang lain termasuklah persamaan-persamaan yang memerihalkan ciri-ciri pemindahan haba, rintangan elektrik, pengangkutan jisim dsb.
dynamical analogyanalogi dinamikFizikMekanikKeserupaan bentuk di antara persamaan-persamaan pembeza bagi sitem mekanik, akustik dan elektrik yang memungkinkan penurunan sistem mekanik dan akustik kepada rangkaian elektrik. Persamaan-persamaan pembeza ini dapat diselesaikan dengan kaedah teori litar elektrik.
system of equationssistem persamaan-persamaanPentadbiranTiadaKumpulan persamaan yang tertakluk kepada penyelesaian serentak.
diffusion equationpersamaan peresapan; persamaan pembauranKejuruteraanTiadaPersamaan peresapan: Persamaan yang digunakan untuk mengkaji taburan tenaga zarah yang sedang bergerak.
stream function transfer equationpersamaan pemindahan fungsi-arusKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan komponen x dan y persamaan gerakan dan persamaan keselanjaran yang digabungkan dengan menggunakan konsep fungsi arus Langrange ke dalam satu persamaan bagi keadaan ketumpatan dan kelikatan yang malar, yang dijelaskan sebagai (rujuk m/s 304) atau dijelaskan dalam kebezaan relatif sebagai (rujuk m/s 305) dengan y = fungsi arah Lagrange, �2 = pengendali Laplacean, u = kelikatan kinematik, t = masa, x,y,z = jarak dalam arah paksi x, y, dan z. Persamaan ini menjelaskan persamaan gerakan dalam matematik yang lebih mudah dan padat kecuali tertibnya lebih tinggi.
contact teransformationtransformasi sentuhFizikMekanikTransformasi yang berlaku ke atas koordinat-koordinat dan momentum-momentum yang memperihalkan keadaan suatu sistem dinamik klasik dan membiarkan bentuk persamaan-persamaan Hamilton bagi gerakan tersebut tidak berubah. transformasi berkanun
cubic equation of statepersamaan keadaan kuasa tigaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan keadaan polinomial tertib ketiga dengan isi padu yang menjelaskan sifat cecair, wap dan gas berfungsikan tekanan dan suhu. Persamaan ini merupakan persamaan keadaan termudah yang sesuai bagi kegunaan praktik. Contoh persamaan keadaan ini ialah persamaan Van der Waals, Redlich-Kwong, dan Peng-Robinson.
Bernoulli equationpersamaan BernoulliKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan gerakan yang termudah dan berjaya dikamirkan pada keadaan kelikatan dan ketumpatan yang malar tanpa tegasan ricih (persamaan Euler). Persamaan ini dijelaskan sebagai (rujuk m/s 295) dengan u = halaju, g = pecutan graviti, z = ketinggian, P = tekanan, r = ketumpatan.
vorticity formulation of creep flowpersamaan vortisiti aliran rayapKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan pemindahan vortisiti bagi aliran tanpa komponen inersia yang dipermudah sebagai (rujuk m/s 312) Persamaan ini ialah persamaan Fourier jika � = Wz, Pada keadaan pengaliran yang mantap, �2Wz = 0, dengan W = vortisiti, u = kelikatan kinematik, �2 = pengendali Laplacean. Persamaan ini ialah persamaan Laplace jika � = Wz.
12345678910...

Kembali ke atas