Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sa.ra.an] | ڤرساراءن

Definisi : perihal (keadaan dsb) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara: penge-cualian cukai juga diberikan ke atas pen-dapatan drpd ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sa.ra.an] | ڤرساراءن

Definisi : hal atau perbuatan bersara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persaraan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan perkataan 'pesaraan' dan 'persaraan'. Perkataan yang manakah betul?Ejaan yang betul ialah persaraan. Makna persaraan ialah hal atau perbuatan bersara. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna19.02.2009
Apakah maksud “persaraan perkerja”?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, persaraan bermaksud perihal (keadaan dan sebagainya) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara. Pekerja pula bermaksud orang yang bekerja (lazimnya untuk men­dapat bayaran atau memperoleh pendapat­an), orang yang memegang sesuatu jawatan (dalam perkhidmatan awam atau swasta).

Persaraan pekerja ialah perihal bersara oleh seseorang yang bekerja.
Makna29.12.2021
PERATURAN PENAMATAN, RENTI KERJA SENTARA DAN PERSARAANPERATURAN PENAMATAN, RENTI KERJA SENTARA DAN PERSARAAN RENTI@HENTI, SENTARA@SEMENTARAIstilah07.04.2011
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya, kenapa kata nama "pelantikan" atau "peletakan" tanpa "r", manakala "persaraan" dengan "r"?Adakah oleh sebab kata dasar "persaraan" adalah "bersara"? Dan mana-mana kata dasar yang bermula dengan "ber...", adakah kata namanya mesti didahului dengan "per"?

Kata terbitan “pelantikan” lazimnya daripada kata kerja “melantik” (me + kata dasar), maka terbitlah perkataan “pelantikan” yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti “bersara”, maka terbitlah perkataan “persaraan”.

Tatabahasa08.04.2020
Boleh tuan cadangkan beberapa tajuk/nama untuk satu majlis persaraan, sebagai contoh "Malam Jasamu dikenang", "Malam Budi Selaut Segunung Intan".

Nama yang biasa digunakan ialah "Majlis/Malam Jasamu Dikenang", selainnya seperti Majlis Perpisahan, Majlis Persaraan atau sebarang nama lain yang sesuai.

Lain-lain16.07.2009
1. Adakah perkataan-perkataan berikut betul imbuhannya: Pengoperasian, Pengwujudan, Mempastikan. Jika salah, apakah imbuhan yang betul. 2. Bagaimanakah mengeja perkataan pra persaraan atau prapersaraan atau pra-persaraan? Adakah terpakai untuk semua perkataan yang bermula dengan pra?

1. Pengoperasian tidak perlu diberikan imbuhan dan memadai dengan operasi sahaja kerana perkataan operasi bermaksud kegiatan, gerakan atau perjalanan sesuatu proses, alat dan sebagainya. Imbuhan yang betul bagi perkataan wujud ialah pewujudan bukannya pengwujudan, manakala perkataan mempastikan salah dan yang betulnya ialah memastikan kerana huruf "p" diawal perkataan pasti itu luluh apabila diberi imbuhan men-...kan. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya(homoganik) ialah m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya, pesan-memesan, pukul-memukul, tetap-menetap, tari-menari, karang-mengarang, kaji-mengkaji, salin-menyalin, dan sinar-menyinar.

2. Perkataan tersebut ditulis sebagai satu perkataan, iaitu prapersaraan kerana "pra-" ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa06.04.2009
Assalam tuan, Saya ada sedikit kekeliruan tentang pembahagian subjek dan predikat ayat ini. Kerusi meja disediakan di dewan terbuka itu untuk meraikan majlis persaraan Cikgu Syakirin.Waalaikumsalam,

Subjek: Kerusi meja
Predikat:  disediakan di dewan terbuka itu untuk meraikan majlis persaraan Cikgu Syakirin
Tatabahasa20.05.2018
Cadangan meningkat umur persaraan dari tahun _ ke tahun atau daripada _ kepadadari _ ke _Tatabahasa06.05.2011
Saya berminat untuk mngembangkan bakat atau mengisi waktu apabila melangkah ke alam persaraan dalam masa 4 tahun 1/2 lagi. Walau bagaimanapun penumpuan idea atau kecenderongan ke arah skop penulisan belum ada lagi yang kukuh. masih mencari apa bidang yang sesuai dan mengarah pemikiran untuk menampilkan cetusan idea yang boleh diisi dalam pencernaan ayat dan perkataan yang begitu mantap untuk dibaca atau ditatap oleh segelintir manusia barangkali. Aliran pemikiran dan penulisan tidak menjurus kepada trend sesiapa kerana saya ingin gaya dan kekuatan tersendiri. Apakah yang boleh dilakukan buat permulaan sekarang ? Adakah elok saya menulis artikel atau penulisan awalan untuk mengukur sejauh mana kemampuan saya . Memang betul sebagai asas saya perlu banyak membaca supaya saya tahu pelbagai jurusan penulisan serta teknik yang digunakan. Perlukah saya belajar pelbagai teknik penulisan? Kalau saya ingin penulisan saya dibukukan bagimana caranya ?

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain22.10.2009
saya hendak bertanya definisi yang betul dan tepat tentang 1. warga tua 2. penjagaan sosial 3. hubungan sosial 4. pengurusan kebajikan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan. sekian.

1. warga tua : Definisi warga tua di Malaysia ialah apabila seseorang mencecah usia persaraan iaitu pada 55 atau pilihan persaraan pada 56 tahun.

2. penjagaan sosial :  menjaga pergaulan

3. hubungan sosial : hubungan kemasyarakatan

4. pengurusan kebajikan : perihal mengurus sesuatu yg membawa kebaikan

Lain-lain05.01.2009
12

Kembali ke atas