Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persatuan;

Peribahasa

Kuat lilit kerana simpulnya.

Bermaksud :

Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU, perkembangan penubuhan organisasi sosial dan separa politik di negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.  Penubuhan persatuan-persatuan ini berlaku sejak awal abad ke-20 dengan cara kecil-kecilan, terpencil dan berkelompok.  Penubuhannya merupakan satu usaha untuk membaiki keadaan sosial, kebudayaan, sastera dan bahasa Melayu.  Di samping itu persatuan tersebut menjalankan kegiatan ekonomi seperti syarikat kerjasama jimat cermat dan perniagaan kraf tangan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KONGRES PERSEKUTUAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU SEMENANJUNG TANAH MELAYU

KONGRES PERSEKUTUAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU SEMENANJUNG TANAH MELAYU, kongres yang dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Persatuan Melayu Selangor (PMS) pada 6 Ogos 1939, di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL (GAPENA)Gabungan Persatuan Penulis Nasional - persatuan penulis.SASTERAKegiatan
PERSATUAN SEKERJA

Persatuan sekerja di Zaman Pertengahan ialah

persatuan orang yang mempunyai minat yang

sama, atau terlibat dalam tugas yang sama. Mereka

menubuhkan pertubuhan-pertubuhan amal,

keagamaan, dan sosial. Ahli persatuan keagamaan

membayar wang untuk tabung bersama. Ahli yang

memerlukan pertolongan disebabkan sakit atau

untuk kegunaan masa tua menerima bantuan yang

dikenali sebagai sedekah. Persatuan ini

mengadakan upacara mass (upacara orang yang

beragama Katolik) untuk ahli yang meninggal

dunia. Pada tahun 1500-an, aktiviti persatuan

keagamaan ini disekat di England.

UMUM 
PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 9 September 1939.  Ia ditubuhkan ekoran daripada berita-berita akhbar yang mengalu-alukan penubuhan persatuan-persatuan negeri Melayu yang lain seperti Perak, Selangor dan Pahang sebagai satu usaha menyatukan dan membela nasib orang Melayu di negeri masing-masing.  Persatuan ini ditubuhkan setelah mendapat penerangan yang jelas daripada Tengku Ismail Hussin, Presiden Persatuan Melayu Selangor, yang berceramah pada 1 September 1938 di Kuala Pilah, Negeri Sembolan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PERSATUAN MELAYU PERAK

PERSATUAN MELAYU PERAK, persatuan negeri yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu.  Persatuan ini menjadi penggerak kepada penubuhan persatuan-persatuan Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1938.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PERSATUAN LIVERY

Persatuan livery adalah institusi di bandar raya

London yang berkembang daripada persatuan kraf

pada Zaman Pertengahan. Terdapat 84 persatuan

Livery di London.

UMUM 
PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA

Persatuan Badminton Malaysia (Badminton

Association of Malaysia-BAM) ialah salah satu

persatuan sukan yang terulung di Malaysia.

Persatuan ini mula bergerak aktif sebelum Perang

Dunia I. BAM ditubuhkan secara rasmi pada 11

November 1934 atas cadangan J.F. Jerlin, bapa

kepada dua pemain pasukan Piala Uber Amerika

yang melawat Malaya antara tahun 1929 dan tahun

1931.

UMUM 
PERSATUAN PENULIS KELANTAN SASTERAInstitusi/Organisasi
PERSATUAN ORANG CACAT MALAYSIAMenjaga kebajikan orang cacat.SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
12345678910...

Kembali ke atas