Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sa.tuan] | ڤرساتوان

Definisi : 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sa.tuan] | ڤرساتوان

Definisi : 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Peribahasa

Kuat lilit kerana simpulnya.

Bermaksud :

Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya akan menganjurkan program dalam berkaitan dengan silat dalam kawasan kampong. Program mengandungi pertandingan dan persembahan dari persatuan-persatuan silat. Program dalam sehari sahaja. Apa patut saya gunakan PESTA atau KARNIVAL untuk tajuk atau gambaran kepada majlis tersebut.Frasa yang sesuai digunakan ialah "KARNIVAL PERSATUAN-PERSATUAN SILAT".Tatabahasa11.12.2013
Boleh saya bertanya... antara ni..mana satu yang betul? "GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN 4X4" atau GABUNGAN PERSATUAN 4X4"Ayat yang betul ialah GABUNGAN PERSATUAN 4X4Tatabahasa06.03.2018
Saya mahu bertanya mengenai penggunaan yang betul… sama ada Persatuan-persatuan Seni Suara Negeri atau Persatuan Seni Suara Negeri-negeri.Jawapan yang sesuai ialah Persatuan Seni Suara Negeri.Lain-lain09.11.2022
Saya ingin menubuhkan persatuan. Cadangan nama persatuan ialah: PERSATUAN PEMILIK APARTMEN TIARA BAY RESORT PORT DICKSON Adakah nama persatuan diatas betul dari segi bahasa, ejaan, nahu dan dll. Terima kasihCadangan nama diperakui betul dan mengikut struktur bahasa Melayu.Lain-lain09.03.2011
macam mana saya nak menceburi bidang penulisanJalan mudah untuk sdr. menceburi bidang penulisan ialah dengan menyertai mana-mana persatuan penulis berdaftar di kawasan/daerah tempat tinggal sdr. Pada kebiasaannya, persatuan-persatuan ini ada menganjurkan kursus-kursus penulisan (mengikut genre) secara berkala. Juga sdr. boleh melayari laman web DBP: http://www.dbp.gov.my dan laman web Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia untuk mengikuti kursus-kursus penulisan yang akan dianjurkan oleh organisasi tersebut. Sekian. Lain-lain13.06.2008
Ejaan yang mana betul? 1) bendahari Persatuan Sains atau Bendahari Persatuan Sains 2) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan Sejarah 4) kepada tuhan kita memohon doa atau kepada Tuhan kita memohon doaEjaan yang betul ialah  Bendahari Persatuan Sains, Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah. Apabila merujuk kepada Allah, Tuhan dieja dengan huruf besar.Ejaan06.06.2012
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajarMoto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan  semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar,  Tatabahasa27.03.2008
Syarikat kami akan menubuhkan persatuan yg dipanggil 'Social Coorperate Responsibility) yg mana persatuan ini berfungsi sbg Persatuan Sukarela/Committee yang dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan bantuan sebagai contohnya: orang kurang upaya, orang-orang tua, anak-anak yatim dsbnya. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik DBP untuk mencadangkan MOTTO yang berunsur murni untuk persatuan ini. Tolong cadangkan beberapa Motto dalam Bahasa English dan Bahasa Malaysia. Terima kasih.Terima kasih kerana menggunakan khidmat nasihat bahasa, DBP dan akan berusaha membantu masalah bahasa/peristilahan yang dihadapi. Dalam hal ini, kami mencadangkan saudara menyediakan beberapa moto dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian perkataan yang digunakan.Lain-lain05.08.2008
Assalamu'alaikum wbt... Saya wakil Persatuan Sains Kesihatan USM Kampus Kesihatan ingin memohon nasihat dan semakan untuk Visi, Misi dan Moto Persatuan. VISI PSK Menjadi persatuan yang progresif, proaktif dan efektif terhadap pembangunan mahasiswa sains kesihatan yang cemerlang dan berkualiti untuk kesejahteraan masyarakat. MISI PSK PSK bertekad untuk menjadi persatuan yang mampu 1.Memantapkan akademik, intelektual dan pengetahuan mahasiswa bagi membentuk mahasiswa yang cemerlang dan terkehadapan. 2.Memperkasa pembangunan mahasiswa dalam aspek kerohanian, insaniah dan kepimpinan. 3.Memberi komitmen dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sepanjang pengajian. 4.Membantu Pusat Pengajian dalam mewujudkan suasana persekitaran yang baik dan kondusif. 5.Membentuk komuniti mahasiswa sains kesihatan yang muhibah dan bermanfaat kepada masyarakat. MOTOSoalan saudara di luar skop khidmat nasihat yang kami sediakan. Untuk makluman saudara, Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah dan tatabahasa. Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara, bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan, kegiatan sastera kanak-kanak dan remaja, carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti. Lain-lain19.03.2011
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih.Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa".Tatabahasa08.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas