Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sa.tuan] | ڤرساتوان

Definisi : 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sa.tuan] | ڤرساتوان

Definisi : 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Peribahasa

Kuat lilit kerana simpulnya.

Bermaksud :

Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
authority entryentri perbadananPerpustakaanTiadaEntri bagi sesuatu persatuan atau institusi, dengan memberi butiran seperti tarikh penubuhan, tarikh menjadi perbadanan, pertukaran nama, dan penggabungan atau kesatuan dengan persatuan-persatuan yang lain.
amalgamationpenggabunganSains PolitikPolitik PerbandinganPenyatuan beberapa persatuan, organisasi atau badan sosial ke dalam satu badan yang lebih besar dan kukuh. Penyatuan ini dibentuk bagi menjaga kepentingan bersama dan bermatlamatkan untuk mencapai objektif yang sepunya. Contohnya, pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946 merupakan ekoran daripada penyatuan beberapa persatuan Melayu seperti Persatuan Anak Negeri Kedah, Persatuan Anak Negeri Johor dan Persatuan Anak Negeri Selangor untuk menentang gagasan Malayan Union. Sinonim gabungan.
American Association of Petroleum Geologist (AAPG)Persatuan Ahli Geologi Petroleum AmerikaKejuruteraanTiadaPersatuan yang berpusat di Amerika dan memberi tumpuan khusus kepada bidang geologi petroleum.
VESA (video electronic standard association)VESA (persatuan piawai elektronik video)Teknologi MaklumatTiadaPersatuan yang ditubuhkan pada tahun 1989 untuk menentukan piawaian antara muka PC stesen kerja dengan persekitaran komputer.
PIKOM (Association of Malaysian Computer Industry)PIKOM (Persatuan Industri Komputer Malaysia)Teknologi MaklumatTiadaPersatuan syarikat yang terlibat dengan industri komputer di Malaysia.
Professional Squash Association (P.S.A.)Persatuan Pemain Skuasy Profesional (P.P.S.P.)SukanTiadaPersatuan skuasy yang terdiri daripada pemain profesional.
International Amateur Boxing Association (I.A.B.A.)Persatuan Tinju Amatur Antarabangsa (A.I.B.A.)SukanTiadaSebuah persatuan tinju amatur antarabangsa yang tertinggi yang menentukan semua peraturan dan undang-undang tinju amatur dilaksanakan oleh badan gabungannya di seluruh dunia.
Society of Automotive Engineers (SAE)Persatuan Jurutera AutomotifKejuruteraan AutomotifTiadaLabel yang menunjukkan gred atau ukuran minyak berdasarkan piawai yang ditetapkan oleh persatuan kejuruteraan automotif.
American Society for Testing and Materials (ASTM)Persatuan Ujian dan Bahan Amerika (ASTM)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSebuah persatuan yang bertempat di Amerika Syarikat yang berfungsi untuk menerbitkan standard NDT dan lain-lain yang berkaitan dengan pengujian dan bahan. Contoh standard ASTM yang dikeluarkan ialah ASTM E1032-12 Standard Test Method for Radiographic Examination of Weldments, dan ASTM E164-13 Standard Practice for Contact Ultrasonic Testing of Weldments
American Society of Crime Laboratory DirectorsPersatuan Pengarah Makmal Jenayah AmerikaSains ForensikTiadaBadan induk bagi ASCLD/LAB. Lihat juga Lembaga Akreditasi Makmal/Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika. Singkatan ASCLD.
12345678910...

Kembali ke atas