Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kelab1 persatuan; perkumpulan: ~ belia perkumpulan pemuda dan pemudi. 2 bangunan tempat ahli-ahli persatuan berkumpul, bermesyuarat dll: Suaminya pergi bermesyuarat di ~. ~ malam kelab tempat orang pergi menghibur hati (berdansa dll) pd malam hari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
liga1. persatuan atau persyarikatan (antara negara-negara dll); L~ Arab persyarikatan negara-negara Arab; 2. persatuan kelab sukan yg menganjurkan perlawanan antara pasukan­pasukan ahli yg sama tarafnya: ~ bola sepak.Kamus Dewan Edisi Keempat
satu1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
liga1 persatuan atau persyarikatan antara beberapa buah negara: ~ Arab. 2 kumpulan kelab atau pasukan sukan yg mengadakan pertandingan sesama anggota kumpulan tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
per­sekutuan1 persatuan beberapa orang dll utk tujuan atau utk kepentingan yg sama. 2 pergabungan beberapa buah negeri dsb yg membentuk sebuah negara tetapi tiap-tiap negeri masih berkuasa dlm bidang-bidang tertentu: ~ Tanah Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cawangan1. bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb): persatuan ini tidak dibenarkan menubuhkan ~-~nya di negeri lain; 2. cawang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelab1. perkumpulan, persatuan; ~ belia per­kumpulan pemuda dan pemudi; 2. bangunan tempat ahli-ahli persatuan berkumpul (ber­mesyuarat, bersenang-senang, dll): suaminya pergi bermesyuarat di ~; ~ malam tempat hiburan (dgn minum-minum, berdansa, dll) yg dibuka pd waktu malam.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelab1. persatuan; perkumpulan: ~ belia perkumpulan pemuda dan pemudi. 2. bangunan tempat ahli-ahli persatuan berkumpul, bermesyuarat dll: Suaminya pergi bermesyuarat di ~. ~ malam kelab tempat orang pergi menghibur hati (berdansa dll) pd malam hari.Kamus Pelajar
ahli I1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepe­nuh­nya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mem­punyai hak bersuara dan hak dipilih utk meme­gang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi ang­gota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden.Kamus Dewan Edisi Keempat
cawangbahagian drpd sesuatu yg lebih besar, cabang; ~ tenggorok cabang batang tenggorok; cawangan 1. bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb): persatuan ini tidak dibenarkan menubuhkan ~-~nya di negeri lain; 2. cawang; pencawang stesen tempat arus (voltan) elektrik yg diterima dr stesen penjana diubah bentuk utk disalurkan kpd pengguna.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas