Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.gi] | ڤرسݢي

Definisi : 1. = empat ~ segi empat yg sisinya sama panjang; 2. ukuran luas yg diperoleh drpd hasil darab ukuran panjang dan lebar sesuatu benda itu: besar pulau itu 50 km ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.gi] | ڤرسݢي

Definisi : 1. ada seginya, bersegi: ~ lima; 2. bidang yg mempunyai empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat; ~ panjang = empat ~ panjang empat persegi yg sisinya tidak sama panjang; 3. Id bujur sangkar, ganda dua: daerah itu luasnya 12 batu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.gi] | ڤرسݢي

Definisi : 1 ada seginya; bersegi: ~ empat. 2 = empat ~ bidang yg dibatasi empat garis lurus; segi empat. 3 ukuran sesuatu kawasan dll yg lebarnya sama dgn panjangnya: Tanah itu luasnya 10 ~ batu. 4 satuan yg digunakan utk menyatakan luas sesuatu kawasan: Bilik saya luasnya 120 meter ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persegi

Puisi
 

Gurok semana-mana papan,
     Papan kutarah empat persegi;
Tuan laksana si kain kapan,
     Buruk tiada berganti lagi.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
square 4. (used before or after units of length), persegi: he needs 180 ~ feet of floor space, ,dia memerlukan ruang selebar 180 kaki persegi; the carpet measured about six metres ~, ,hamparan itu berukuran lebih kurang enam meter persegi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sq. abbrev persegi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inchn 1. (unit of measurement) inci: one square ~, satu inci persegi; annual rainfall of 100 ~es, hujan tahunan sebanyak 100 inci; he cut an ~ off the end of the plank, dia memotong satu inci drpd hujung papan itu; 2. very small amount, degree, distance, sedikit pun: he didn’t move an ~, dia tdk bergerak sedikit pun; she would’nt yield an ~, dia tdk mahu mengalah sedikit pun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
totalvi berjumlah; (of area of land), /meliputi, merangkumi/ [sst]: expenses ~led $1,000, perbelanjaan berjumlah $1,000; the floor area ~led about 320,000 sq. ft, luas lantai itu meliputi kawasan kira-kira 320,000 kaki persegi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas